Batik Ria SS

Dua minggu lepas, Jabatan Perkhidmatan Awam mengumumkan pekeliling yang mengarahkan pemakaian batik setiap hari Khamis kepada semua penjawat awam (untuk membaca surat pekeliling — sila klik sini). Kakitangan SSS turut menyahut seruan JPA tersebut, dan menjadikan setiap hari Khamis sebagai pesta batik ria. Wartawan dan jurugambar de SinggahSini merakamkan beberapa contoh peragaan batik kalangan kakitangan lelaki SSS pada Khamis, 31 Januari 2008.

En. Syahruddin jelas ada citarasa tinggi. Pilihannya batik merah hati, dengan corak floral kontemporari. Kombinasi yang menarik. Silap haribulan boleh membikin ramai pelajar tak tidur malam. Sebab angaukan pensyarahnya!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Juga dengan motif batik berciri moden, pensyarah Geografi ini pula memilih warna ungu manggis. Pilihan yang sedikit mengkhianati imejnya sebagai imam tersohor SSS. Dari jauh macam bintang filem Hindustan. Dari dekat, baru tau rupanya Ustaz Aliakbar Gulasan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bidang media dan komunikasi bukan saja tentang teknik pengucapan. Ia juga satu disiplin tentang projeksi personaliti diri dan seni ‘grooming’. En. Latif membuktikan auranya dengan pilihan batik warna lembayung garang bercorak abstrak. Sekali imbas, macam penyampai popular Mahadzir Lokman sedang ligat membubut slot Warta Perdana!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

En. Saffie memilih warna pudar dengan batik potongan lengan pendek ala-ala zaman P. Ramlee. Coraknya pucuk pakis berselang daun bambu. Fesyen ini jelas 50 tahun lebih tua daripada pemakainya. Pun, ia sangat sesuai untuk seorang pakar sejarah yang banyak mengkaji fenomena sebelum Perang Dunia Kedua.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ustaz Shaukhi bergaya santai dengan batik hijau bercorak polka putih. Potongan yang menggabungkan gaya moden dan klasik. Fesyen terkini yang boleh dikata serba-boleh. Selain molek dipakai ke pejabat, ia juga sangat sesuai untuk menghadiri mesyuarat PIBG.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Batik dengan potongan dan corak minimal. Satu contoh tipikal fesyen yang ironik. Ranggi tetapi formal. Pilihan yang tepat untuk mengangkat imej En. Baszley sebagai seorang suami, bapa dan err.. seorang arkeologist. Cantik dan antik!  

One Response to Batik Ria SS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: