Informasi Penyelidikan & Inovasi

Sdr/i Warga SSS,
Sekadar untuk berkongsi beberapa maklumat terkini berhubung dengan Penyelidikan & Inovasi, UMS. Pada 24hb Januari 2008 yang lalu saya telah menghadiri mesyuarat J/Kuasa Penyelidikan Bil 1/2008 [mewakili Dekan SSS]. Berikut adalah beberapa makluman yang boleh diambil perhatian oleh sdr/i sekalian:

1. UMUM
Pusat Penyelidikan & Inovasi UMS, mulai Januari 2008 telah distruktur semula pentadbirannya bagi tujuan pemantapan dan pengukuhan peranannya:

Nama Pusat:
Pusat Penyelidikan & Inovasi [Portfolio TNC P&I, Prof Datuk Dr Kamaruzaman Hj Ampon]

Pusat P&I kini mempunyai 3 unit pentadbiran yang setiap satunya diketuai oleh seorang Pengarah bertanggungjawab kepada TNC P&I. Unit-unit tersebut ialah:
a. Pusat Pengurusan Penyelidikan [Pengarah, Prof Dr Rosnah Ismail]
b. Pusat Pengurusan Intrumentasi & Pengkalan Data [Pengarah, belum dilantik]
c. Pusat Pengurusan Inovasi [Pengarah, Prof Dr Awang Bono]


2. PENYELIDIKAN
Sebarang urusan berhubung dengan penyelidikan, samada permohonan baru, permohonan pendahuluan, laporan penyelidikan, tuntutan, dan lain-lain yang berkaitan hendaklah DIMAJUKAN kepada PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN yang diketuai oleh PROF DR ROSNAH ISMAIL.

Rakan-rakan yang mempunyai cadangan penyelidikan samada FRGS atau Science-Fund untuk tahun 2008 boleh mengajukan cadangan tersebut mulai sekarang. Bagi permohonan FRGS 2008, sila majukan selewat-lewatnya awal bulan Mac 2008. Sementara permohonan Science-Fund, selewat-lewatnya awal bulan Jun 2008.

Untuk tujuan permohonan pendahuluan, tuntutan dan laporan kewangan penyelidikan, sdr/i sekalian boleh menyemak statusnya dengan Penolong Pegawai Bendahari, En Shukri Mohd Sidik, beliau telah dilantik oleh pihak Bendahari bagi mengurusn hal-ehwal kewangan penyelidikan di P&I.

3. PERSIDANGAN
Sebarang permohonan berhubung dengan PERSIDANGAN samada NASIONAL atau ANTARABANGSA, hendaklah dimajukan kepada Pusat Pengurusan Inovasi di bawah seliaan Prof Dr Awang Bono. Sila ambil perhatian untuk rakan-rakan yang bercadang untuk menghadiri persidangan antarabangsa, permohonan hendaklah dimajukan Tiga [3] bulan sebelum dari tarikh pemergian. Bagi tujuan persidangan dalam negara sila pohon Satu [1] bulan sebelum tarikh pemergian.

4. LAIN-LAIN
Pihak Sekolah juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH kepada Sdr Mustapa Talib yang telah diluluskan geran penyelidikan FRGS Kategori B tahun 2007 dalam mesyuarat P&I tersebut.

Zaini Othman
SSS.
4hb Februari 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: