Eksklusif: Pilihanraya Sabah, isu pembangunan jadi kunci!

Sesi temuramah paling eksklusif wartawan de SinggahSini (Cik Intan Soliha) bersama dengan pakar analisis politik, En. Zaini Othman (Program Hubungan Antarabangsa).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Apa pandangan En. Zaini terhadap senario politik di Sabah?

Senario politik di Sabah berhubungkait dengan pembangunan dan bagaimana pembangunan boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat di Sabah. Tanpa mengira kelas, etnik mahupun perbezaan budaya.

Kajian awal pilihan raya yang dijalankan menunjukkan, kawasan seperti Kudat, Simpang Mengayau, masyarakat di sana menginginkan pembangunan dan bagaimana kerajaan yang memimpin negara boleh membangunkan Sabah.

Sebagai contohnya di Kg. Bantul, Nabawan (tempat saya menjalankan penyelidikan sejak 2006), majoriti anak-anak hanya bersekolah sehingga darjah 6 sahaja. Selepas itu, anak-anak ini follow their father foot step. Tidak adanya kesedaran betapa pentingnya pendidikan. Kini, Malaysia sedang membina pembangunan kesedaran.

Soal pembangunan tidak akan selesai. Fasa kita berbeza dengan Negara Afrika. Afrika melihat pendidikan sebagai asas pembangunan. Sewaktu era Tun Mahathir, beliau menekankan modernisasi. Manakala era Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, focusing on non-material development. It is a different type of development we are talking about.

Jadi, senario politik di Sabah adalah persoalan pembangunan dan bagaimana pembangunan disalurkan secara sama rata dan dinikmati oleh semua masyarakat.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Di manakah peranan serta hala tuju mantan-mantan wakil rakyat yang tidak dicalonkan semula seperti Datuk Amir Kahar, Datuk Salleh Kuruak?

Terdapat dua situasi yang berbeza. Satu sebagai pemimpin organisasi dan satu lagi sebagai pengundi. Mantan-mantan ini perlu menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat dengan mengundi. Turut serta dalam proses demokrasi. Keluar mengundi. Sebagai pemimpin organisasi, harus memastikan organisasi berjaya dalam pilihanraya.

Adakah pembangkang seperti keadilan, boleh memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi di Sabah, berdasarkan perkembangan terkini.

Jawapannya adalah boleh. The chances are there. Peluang untuk menang ada. Kalau kita kata tidak ada peluang, itu satu penafian. Namun, peluang untuk membentuk kerajaan bagi Keadilan adalah mustahil.

Untuk Keadilan menang kerusi memang ada. Ini demokrasi. Bergantung kepada strategi kempen yang dijalankan untuk capture pengundi.

Kredit foto oleh jurugambar de SinggahSini (Stanley Suab)

3 Responses to Eksklusif: Pilihanraya Sabah, isu pembangunan jadi kunci!

  1. TING MEE BING (BA07110008) says:

    sekarang , banyak isu politik timbul di Sabah dan ini amat membimbangkan saya. Harap masalah tersebut boleh diselesaikan secepat mungkin. Jika tidak, saya rasa pasti akan berlaku lebih banyak masalah.

  2. ika@maya...15 says:

    pendapat individu saya sebagai salah seorang rakyat yang mendiami negeri sabah ,negeri di bawah bayu ini adalah….senario politik di negeri sabah hari ini sebenarnya tidak ada bezanya dengan senario yang dulu….rakyat masih dalam keadaan terkontang kanting walaupun kita melihat ada peruntukan wang yang disediakan khas oleh kerajaan malaysia…..tidak kiralah kita mahu melihat perkembangan dari sudut manapun…dari kaca mata saya tidak ada yang berubah melainkan bangunan-bangunan tinggi yang kian bertambah dari tahun ke tahun….tapi rakyat tetap sama….miskin,tidak berpendidikan tinggi,jenayah yang meningkat dari hari ke hari ,bahkan yang lebih menyedihkan pada saya ialah sekiranya saudara saudari bersiar sekitar pasar filipin apa yang dapat dilihat adalah majoriti yang berniaga di sana adalah pendatang…tidak tahu pulak kalau mereka itu datang secara sah atau tidak???? Janganlah kerana namanya pasar filipin maka pendatang dari negara itu yang berniaga di situ…mana perginya rakyat tempatan??? Apa yang rakyat sabah mahu hari ini adalah pemimpin yang adil dan saksama bukannya pemimpin yang hanya tahu berjanji kosong…..kalau dulu dalam manifesto dijanjikan seperti itu…..maka tunaikan…..saya tidak akan terkejut sekiranya suatu hari nanti sabah akan menjadi milik kerajaan pembangkang…..jangan terhantuk baru nak terngadah……ini cuma pendapat peribadi….kalau ada yang terguris,terasa,terkilan dan yang seangkatan dengan ter2 tadi saya dahulukan dengan salam kemaafan……

  3. Good Boy (Sahok) says:

    Pengundi sekarang dah semakin matang. kalau setakat berkempen saja tapi pembangunan tak ada, tak guna juga. sebagai warga Malaysia yang melihat pembangunan di Sabah ini, saya rasa kerajaan negari lebih menekankan soal pembangunan untuk publisiti perlancongan saja.. manakala aspek yang lebih penting lagi iaitu dalam aspek soal modal insan anak negari masih boleh dikatakan kurang memberangsangkan.. pembangunan material walaupun boleh menjana kewangan tetap tak ada erti kalau tiada modal insan berfikiran kelas pertama.. kalau ada duit pun, tapi kalau tak pandai nak mengurus pun lama-kelamaan duit itu akan habis dengan sia-sia.. cara yang terbaik adalah melakukan pembangunan meterial dan modal insan secara sama rata dan sama penting… soal anak-anak tidak bersekolah perlu diutamakan daripada membina shoping komplek terbesar di Malaysia.. itulah hakikatnya…. anak-anak kecil lebih dilatih menjadi buruh dan dibiasakan dengan duit gaji yang mungkin sekitar rm 400 sebulan berbanding pergi ke sekolah berlajar…tidak kira apa jua alasan yang diberikan sekiranya ada kemahuan dan keikhlasan saya rasa masalah ini dapat selesai…korbankan kemewahan meterial untuk jangka masa yang pendek bagi menikmati kejayaan anak jati negeri yang berfikiran kelas pertama serta mampu menangkis segala ancaman dan cubaan anasir luar samaada secara langsung atau tidak langsung ke atas ekonomi, sosial, dan fikiran rakyat negeri…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: