Chevening Fellowship di Norwich

April 30, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bersama ahli Kelab Pelajar Malaysia Norwich — 26 April 2008

Saya berlepas ke United Kingdom pada penghujung Disember 2007, untuk fellowship posdoktoral di Climatic Research Unit (University of East Anglia). Tempohnya empat bulan (Januari-April). Ini adalah tajaan bersama British Council dan The Royal Society di bawah skim The Royal Society Malaysian Fellowship Award.

Nasib baik saya kurang baik. Situasi alam-sekitar UK tahun ini tidak kondusif. Ia tiba-tiba mengalami anomali iklim yang pelik. Ya, sangat luarbiasa. Salji masih turun sehingga lewat bulan Mac. Bermakna, musim dingin lebih panjang daripada biasa. Juga bermaksud, sejuknya jauh lebih menikam.

It is even more depressing — when you have to face it alone. Imagine all those long-and-cold winter nights, and nobody to warm you up [Latif, stop your wild imagination — I don’t mean it ‘that way’]. Fortunately, this misery is going to end, very soon. My flight back to Malaysia is scheduled on the 3rd of May. Yes, this coming Saturday.

Read the rest of this entry »


Tinjauan Tapak Program Hari Keluarga UMS 2008

April 24, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sekolah Sains Sosial telah diberi amanah selaku urusetia pusat bagi penganjuran Hari Keluarga UMS 2008 (HAKUMS2008), yang dijangka akan berlangsung pada minggu pertama bulan Jun (6-7 Jun 2008).

Read the rest of this entry »


Khidmat Komuniti & Kerjalapangan di Ulu Sapi

April 22, 2008

Sejak tahun 2006, Program Geografi (UMS) telah mengasaskan satu modul istimewa bagi menyahut cabaran Kementerian Pengajian Tinggi untuk menerapkan elemen ‘kemahiran insaniah’ dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Modul ini dinamakan ‘Khidmat Komuniti’, iaitu satu program khas yang memberi peluang kepada para pelajar untuk menggabungkan kemahiran teori (dalam kelas) dengan kerja-kerja amal dalam masyarakat. Aktiviti ini selalunya diintegrasikan bersama dengan kerjalapangan bagi kursus-kursus yang ditawarkan dalam Program Geografi.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pada 9-11 April 2008 bertempat di sebuah perkampungan di Sandakan, pelajar-pelajar kursus AG2263 (Pengurusan Eksosistem Persekitaran) telah mengadakan projek khidmat komuniti dan kerjalapangan. Kumpulan pelajar ini merupakan gabungan pelajar Geografi SSS dan SPPS, di bawah seliaan Pn. Jurry Foo.

Read the rest of this entry »


Eksklusif de’ SinggahSini: Kes Culik UMS

April 19, 2008

Ya, anda mungkin telah membaca-mendengar-menonton berita ini dalam media arus-perdana: sama ada di alam siber, percetakan mahupun elektronik. Tapi wartawan de’ SinggahSini memberikan liputan eksklusif, menerusi kacamata peribadi sebagai seorang warga UMS!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pada 15 April 2008 lepas kira-kira lewat pukul 7pm, seorang pelajar UMS telah diculik di Kingfisher. Menurut beberapa saksi kejadian, pelajar tersebut yang berjalan di belakang rakan-rakannya pulang dari Supermarket, tiba-tiba ditarik oleh penculik ke dalam sebuah kereta model Kancil berwarna biru tua berplat SAA4558N. Pada pukul 8.50pm saya telah menerima SMS yang memaklumkan kejadian tersebut dan SMS yang serupa juga saya terima beberapa minit kemudian daripada seorang kawan.

Read the rest of this entry »


Kursus Bimbingan MUET

April 18, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kursus bimbingan ini telah diadakan pada 17 April 2008 dari jam 2.00 hingga 6.30 petang di DKP2, di bawah penyelarasan Dr. Rosazman Hussin (Tim. Dekan, Akademik dan HEP) dan Puan Jalihah Md. Shah (Ketua Program Sosiologi dan Antropologi Sosial). Kursus ini telah dihadiri oleh 66 orang pelajar Tahun 3 dari semua program pengajian.

Read the rest of this entry »


Seminar Pascasiswazah: Sdra Sanen Marshall

April 18, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Siri seminar pascasiswazah diteruskan di Sekolah Sains Sosial buat pertama kali pada tahun ini. Ia adalah pembentangan (kemajuan berkala penyelidikan PhD) oleh Sdra. Sanen Marshall dengan tajuk: “Old Politics, New Economics and The Mat Salleh Uprising on the Labuk River”. Ia diadakan pada 18 April 2008 di Bilik Mesyuarat Utama (SSS).

Album gambar bagi seminar tersebut boleh dilihat di sini.

(Laporan dan gambar oleh: Stanley Suab)


Bengkel Latihan Praktikum

April 18, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bengkel Latihan Praktikum sesi 2007/2008 telah diadakan di auditorium perpustakaan (UMS) pada 17 April 2008. Perasmian disempurnakan oleh Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin (Naib Canselor). Antara penceramah jemputan adalah: Dr Balan Rathakrishnan (Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial) — “Personality Test for the Career Development”, Dr Balakrishnan Parasuraman (SSS) — “Prosedur Latihan Praktikum”.

Selain itu, tiga ahli ALUMNI SSS yang berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya: En Syafie Jafril (BTN), En Abd Haidi Abd Hamid (UMS) dan En Abdullah Mainih (Proseeka Corporatiion M sdn Bhd) turut dijemput untuk sesi forum kecemerlangan pelajar yang bertajuk “UMS: Peluang dan Cabaran”. Setelah selesai sesi ceramah dan forum, para pelajar dipecahkan mengikut program masing-masing untuk sesi bengkel penyediaan proposal.

Album gambar bagi Bengkel Latihan Praktikum 2008 boleh boleh dilihat di sini (Album 1) dan di sini (Album 2).

(Laporan dan gambar oleh: Stanley Suab)