Makan Malam Graduan 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Makan Malam Graduan Edisi 2008 telah diadakan di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa pada 8 April lalu, dan dikendalikan khas oleh Program Komunikasi. Acara rasmi tahunan tersebut bukan sahaja istimewa bagi warga SSS dan para pelajar tahun akhir, tetapi paling menarik kerana buat pertama kalinya ia mendapat liputan ekslusif de’ SinggahSini, iaitu satu-satunya buletin online di Universiti Malaysia Sabah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pada malam tersebut menyaksikan pelbagai anugerah dan penghargaan telah di berikan khasnya kepada para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum sepanjang semester yang telah berlalu. Tidak juga dilupakan pelbagai persembahan menarik yang tidak diduga hebatnya turut dipersembahkan oleh para pensyarah dan pelajar. Antara persembahan menarik pada malam tersebut adalah; tarian kontemporari gabungan para pelajar, deklamasi puisi bertajuk bunga plastik oleh Dr. Mohd Noor Mat Yazid, persembahan piano, tarian etnik, tarian modern serta deklamasi sajak.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Selain itu, majlis turut diwarnai oleh tayangan video daripada setiap program di SSS. Tema yang dipilih pada edisi kali ini adalah bertepatan dengan kepelbagaian etnik yang ada di SSS ini. Pada malam tersebut juga menyaksikan pelbagai pakaian etnik dari pelbagai suku kaum yang ada di negara ini diperagakan oleh warga SSS. Masing-masing tampil menyerlah dengan pelbagai warna, corak, fesyen dan gaya elegan tersendiri.

Diharapkan MMG edisi yang akan datang akan lebih berwarna-warni dan meriah. Laporan dan gambar oleh Stanley Suab.

Album penuh bagi majlis gilang-gemilang ini boleh dilihat di sini (Album 1) dan di sini (Album 2).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: