Hubungan Industri: Seminar dan Khidmat Komuniti

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pada 18 Mac 2008, Seminar Dinamika Hubungan Perburuhan dan Isu-isu Kontemporari dianjurkan oleh pelajar tahun 3 Hubungan Industri bertempat di Audotorium Perpustakaan UMS. Ia bertujuan memperkenalkan pelajar dengan isu-isu perburuhan terkini dalam era pekerjaan.

Seminar dirasmikan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, En Zaini Othman. Seminar ini membentangkan 6 modul isu dinamika perburuhan: antaranya tentang era perindustrian yang membawa implikasi kepada dinamika perburuhan dan era globalisasi yang mempengaruhi sistem hubungan industri masakini. Selain itu, turut diadakan pameran dan demonstrasi tentang isu-isu wanita dan pekerjaan, inovasi teknologi yang melanda sistem pekerjaan moden dan pindaan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Bersama idea kreatif para pelajar, seminar ini juga telah menjemput agensi luar untuk terlibat sama dalam aktiviti dan pameran: iaitu Jabatan Tenaga Kerja, PERKESO,NIOSH dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Penyelaras bagi program ialah En Mahadirin Ahmad dan Pn Kee Y Sabariah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Program Hubungan Industri (Tahun 3) meneruskan aktiviti dengan lawatan amal ke Rumah Anak Yatim Tambunan (RAY) pada 29-30 Mac 2008. Turut dianjurkan ialah pungutan derma dan barang terpakai untuk dihadiahkan kepada RAY. Pungutan derma dijalankan di semua sekolah dan kolej kediaman UMS, serta kalangan kakitangan UMS. Derma yang berjaya dikumpul mencecah RM3000.

Kumpulan pelajar ini kemudian berkampung selama semalam di RAY, bersama 130 pelajar berusia 8 hingga 19 tahun, untuk menghayati kehidupan mereka di situ. Sesi Latihan dalam Kumpulan (LDK) turut diadakan, yang membincangkan tentang kunci kejayaan dan motivasi pembelajaran. Aktiviti lain termasuklah sukaneka, malam penghayatan, sambutan hari jadi beramai-ramai (untuk penghuni RAY yang lahir pada bulan Mac) dan ceramah agama. Pensyarah pengiring bagi aktiviti ini ialah En Mahadirin Ahmad dan Pn Kee Y Sabariah.

Album gambar penuh bagi aktiviti seminar dan lawatan amal Program Hubungan Industri boleh dilihat di sini.

<

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: