Persidangan Pra-Siswazah Geografi

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Persidangan Pra-Siswazah Sains Ruangan 2008, anjuran Program Geografi, telah berlangsung pada 9 April di auditorium perpustakaan (UMS). Ia dirasmikan oleh Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon dan turut disertai dua pembentang jemputan khas iaitu Encik Zainal Ajamain (Suria Group) dan Prof. Dr. Ruslan Rainis (USM).

Encik Zainal Ajamain telah membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk “Halatuju dan Isu-Isu Penyelidikan di Sabah” sementara Prof. Dr. Ruslan Rainis pula telah membentangkan kertas kerja beliau bertajuk “Pendekatan Intergrasi GIS dan RS”. Persidangan tahunan ini bertujuan memberi pendedahan kepada dunia akademik dan penyelidikan saintifik kalangan pelajar prasiswazah.

Selain itu, persidangan tersebut juga memberi ruang kepada para pelajar Tahun 3 untuk membentangkan dapatan latihan ilmiah mereka. Para pelajar dibahagikan kepada dua gugusan, iaitu Geografi Fizikal dan Geografi Manusia, dengan dua sesi pembentangan selari bagi setiap gugusan.

Album gambar penuh bagi Seminar Prasiswazah Sains Ruangan 2008 (Program Geografi) boleh dilihat di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: