Forum: Halatuju Hubungan Industri Malaysia

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Satu forum dengan mauduk, “Halatuju Hubungan Industri di Malaysia” telah dianjurkan oleh Program Hubungan Industri pada 10 April 2008 (2-5pm) di Auditorium Perpustakaan, Universiti Malaysia Sabah. Seramai 160 orang pelajar dari Program Hubungan Industri dan Program Psikologi Industri menyertai forum ini. Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Dr Rosazman Hussin merasmikan forum tersebut bagi pihak Dekan Sekolah Sains Sosial.

Dr Balakrishnan Parasuraman bertindak sebagai pengerusi bagi forum berkenaan, dengan ahli panel jemputan terdiri daripada: En. Osman Hassan, Pengurus Besar (Sumber Manusia), SESB; En. Simon Yayun Lamadas, Pengerusi MTUC Sabah (Division MAS Security Emp. Union); dan En. Jakson, Penolong Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah.

Forum ini merupakan sebahagian dari kerjakursus AH2133 (Hubungan Industri di Malaysia) yang dikelolakan oleh Dr Balakrishnan Parasuraman. AJK bagi aktiviti terdiri dari kalangan pelajar sendiri. Sebahagian kos perbelanjaaan (seperti cenderahati bagi pensyarah program, jamuan peserta) ditanggung oleh para pelajar sendiri. Aktiviti seperti ini harus dicontohi oleh kursus-kursus lain demi menjayakan usaha penerapan kemahiran insaniah dalam kursus akademik.

Forum ini telah berjaya memperkenalkan Program IR khususnua (dan, Sekolah Sains Sosial amnya) kepada pihak luar khususnya di kalangan komuniti industri. Menerusi forum ini, En. Osman Hassan telah menawarkan jawatan Pegawai Hubungan Industri di SESB kepada calon-calon pelajar UMS yang sesuai. Ini adalah petanda baik bagi menjalin hubungan intim di antara majikan, pihak industri dan bakal-bakal graduan Sekolah Sains Sosial.

Album gambar bagi forum tersebut boleh dilihat di sini.

(Berita dan gambar oleh: Dr. Balakrishnan Parasuraman)

About these ads

6 Responses to Forum: Halatuju Hubungan Industri Malaysia

  1. Muhamad Yusri says:

    Dr Balakrishnan……

    Tahniah di ucapkan kepada Dr Bala diatas penganjuran forum seperti ini, ia bukan sahaja berjaya memperkenalkan program hubungan industri malah UMS turut merasa tempias kejayaan ini. Walaupun saya tidak berpeluang untuk melihat sendiri forum ini, saya percaya ia pasti nya hebat dan berjaya memberi peluang kepada pihak luar betapa penting program ini.
    Saya berasa terkilan kerana tidak dapat meneruskan perjuangan dalam hubungan industri ini, namum saya berasa bangga kerana saya pernah bergelar pelajar hubungan industri (ums 98/01)…akhir kata semoga semua tenaga pengajar dapat memartabatkan hubungan industri di Malaysia di persada dunia.

    Muhamad Yusri Mohd Yaakub
    Jerantut, Pahang

  2. Dir says:

    Tahniah…

  3. Ahmad says:

    salam..hidup hubungan indsutri.
    kepada pljr baru trs mrtbtkn hubungan industri.

  4. Abdul Fatah YAS says:

    Syabas dan sekalung tahniah diucapkan pada keluarga SSS umumnya, Para Pelajar Hubungan Industri dan Dr. Bala secara khususnya atas kejayaan ini.

    Kpd Saudara Yusri: Jangan berasa terkilan atas perjuangan kita dahulu kerana kita masih mampu memperjuangkan ilmu Hub Ind dengan cara kita yang tersendiri. Saya percaya warga Hub Ind di luar sana masih membawa aspirasi perjuangan ini bersama-sama setiap detik dan saat selagi mereka yang bergelar majikan dan pekerja masih wujud.

    Sekian.

  5. junior ir says:

    kpd super2 senior…..
    harap dapat kembali ke prog ir….
    supaya dapat berkongsi pengalaman dan ilmu kpd junior2…
    kami(student ir)…
    sngt2 brhrp agar alumni2 ir dpt mnghadiri forum2 dan aktv2 bsma2 kami….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: