Khidmat Komuniti & Kerjalapangan di Labuan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pada 27 hingga 29 March 2008 para pelajar kursus AG2243 telah menganjurkan projek khidmat komuniti dan kerjalapangan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kumpulan mahasiswa ini merupakan pelajar kursus Biogeografi, di bawah seliaan Pn. Jurry Foo. Program ini merupakan satu aktiviti penjanaan ilmu dan sebahagian inisiatif ke arah pembentukan nilai insaniah.

Rombongan ini melibatkan gabungan mahasiswa daripada Program Geografi di Sekolah Sains Sosial dan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial. Aktiviti khidmat komuniti disasarkan kepada pelajar SMK Labuan menerusi ceramah motivasi, LDK, pameran akademik serta konsultasi mengenai UMS terutamanya peluang-peluang pendidikan tertiari di Sekolah Sains Sosial dan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (khususnya bidang Geografi).

Pada sebelah petang pelajar mengadakan kerja lapangan di pusat bandar Labuan, khususnya berkaitan dengan aspek biogeografi tumbuh-tumbuhan sekitar kawasan urban. Program seumpama ini sangat bermanfaat bukan sahaja kepada mahasiswa yang terlibat tetapi juga kepada sasaran dalam khidmat komuniti.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

SMK Labuan mengucapkan terima kasih kerana terpilih sebagai sekolah sasaran dalam kunjungan kali ini. Rombongan ini juga mengucapkan jutaan penghargaan kepada Dekan SSS, Dekan SPPS, Ketua Program Geografi, Para Pensyarah Program Geografi, pihak HEP yang menaja pengangkutan dan PMUMS (khususnya PARMASES) dan Kelab Geografi yang telah memberikan sokongan.

Album gambar bagi khidmat komuniti dan kerjalapangan ini boleh dilihat di sini.

(Berita dan gambar oleh: Pn. Jurry Foo)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: