Khidmat Komuniti & Kerjalapangan di Ulu Sapi

Sejak tahun 2006, Program Geografi (UMS) telah mengasaskan satu modul istimewa bagi menyahut cabaran Kementerian Pengajian Tinggi untuk menerapkan elemen ‘kemahiran insaniah’ dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Modul ini dinamakan ‘Khidmat Komuniti’, iaitu satu program khas yang memberi peluang kepada para pelajar untuk menggabungkan kemahiran teori (dalam kelas) dengan kerja-kerja amal dalam masyarakat. Aktiviti ini selalunya diintegrasikan bersama dengan kerjalapangan bagi kursus-kursus yang ditawarkan dalam Program Geografi.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pada 9-11 April 2008 bertempat di sebuah perkampungan di Sandakan, pelajar-pelajar kursus AG2263 (Pengurusan Eksosistem Persekitaran) telah mengadakan projek khidmat komuniti dan kerjalapangan. Kumpulan pelajar ini merupakan gabungan pelajar Geografi SSS dan SPPS, di bawah seliaan Pn. Jurry Foo.

Aktiviti yang dijalankan di Kg. Ulu Sapi ini i merupakan anjuran bersama: Sekolah Sains Sosial (Kelab Geografi, PERMASES), HEP (UMS) dan Persatuan Mahasiswa SPPS. Program menjalin hubungan di antara Universiti Malaysia Sabah dan masyarakat Kg. Ulu Sapi melalui progam anak angkat, ceramah, Latihan Dalam Kumpulan, serta aktiviti sosial seperti riadah dan pameran. Masyarakat tempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur aktiviti (selaku ‘duta’ UMS) kerana menunaikan tanggungjawab sebagai Universiti Rakyat dengan berkongsi ilmu dan maklumat seperti ini.

Mahasiswa juga melakukan pemerhatian mengenai pengurusan persekitaran di kampung Ulu Sapi, khususnya berkaitan dengan pengurusan sampah dan sumber air. Melalui program anak angkat (20 keluarga), pelajar dapat melakukan pemerhatian ikut-serta dengan merasai sendiri amalan dan budaya masyarakat ang membentuk persekitarannya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sokongan BERNAS S/B yang menyumbangkan 20 kampit beras melalui program ini menunjukkan komitmen syarikat swasta terhadap aktiviti kemahasiswaan terutama melibatkan masyarakat tempatan. Masyarakat Kg. Ulu Sapi memohon agar dijadikan ‘Kampung angkat SSS’ bagi membentu mereka membawa dan membuka jalan kepada anak-anak yang keciciran dantidak tahu hala-tuju selepas menamatan peperiksaan SPM dan STPM.

SYABAS kepada mahasiswa AG2263 kerana berjaya merancang dan melaksanakan program ini dengan berjaya. Semoga kegiatan seumpama ini dapat menjadi teras untuk membangunkan modal insan diri.

Terima kasih BERNAS S/B. Terima kasih juga kepada Dekan SSS dan SPPS, pensyarah Geografi, PERMASES dan Jabatan Pembangunan yang menyediakan pemandu yang sangat prihatn dan turut serta dalam program ini.

Album gambar bagi khidmat komuniti dan kerjalapangan ini boleh dilihat di sini.

(Berita dan gambar oleh: Pn. Jurry Foo)

3 Responses to Khidmat Komuniti & Kerjalapangan di Ulu Sapi

  1. nurmala ghazali says:

    wah…memang best sangat program nie….
    -semoga menjadi kenangan terindah buat semua….human geography 2nd year…

  2. […] tuan-rumah), SMK Ranau dan SMK Datu Paduka Mat Salleh. Kerjalapangan dan khidmat komuniti adalah dua aktiviti yang amat sinonim dengan Program Geografi, khususnya dalam usaha menghasilkan modal insan yang […]

  3. […] Khidmat Komuniti di Kg. Batu Sapi Khidmat Komuniti di Kundasang (September, 2008) Misi Penangah 2008 (September, 2008) Khidmat Komuniti di Matupang (Oktober, 2008) Khidmat Komuniti di Timbang Batu (Tandek) (Oktober, 2008) […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: