Chevening Fellowship di Norwich

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bersama ahli Kelab Pelajar Malaysia Norwich — 26 April 2008

Saya berlepas ke United Kingdom pada penghujung Disember 2007, untuk fellowship posdoktoral di Climatic Research Unit (University of East Anglia). Tempohnya empat bulan (Januari-April). Ini adalah tajaan bersama British Council dan The Royal Society di bawah skim The Royal Society Malaysian Fellowship Award.

Nasib baik saya kurang baik. Situasi alam-sekitar UK tahun ini tidak kondusif. Ia tiba-tiba mengalami anomali iklim yang pelik. Ya, sangat luarbiasa. Salji masih turun sehingga lewat bulan Mac. Bermakna, musim dingin lebih panjang daripada biasa. Juga bermaksud, sejuknya jauh lebih menikam.

It is even more depressing — when you have to face it alone. Imagine all those long-and-cold winter nights, and nobody to warm you up [Latif, stop your wild imagination — I don’t mean it ‘that way’]. Fortunately, this misery is going to end, very soon. My flight back to Malaysia is scheduled on the 3rd of May. Yes, this coming Saturday.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bersama dengan supervisor projek, Prof. Phil Jones (ps: one of the best scientists in climatology, and a multiple international-award winner)

Projek saya di Norwich difokus kepada ramalan iklim jangkapanjang. Ia berkait dengan isu global warming dan climate change. Satu usaha untuk membuat unjuran perubahan-perubahan karektor iklim di Asia Tenggara (yang bakal berlaku) akibat daripada pemanasan dunia. Skim Fellowship Chevening ini menuntut output berbentuk akademik dan policy-oriented research.

Saya ingin berkongsi beberapa output yang telah dan sedang dihasilkan (natijah daripada kerja-kerja yang telah dijalankan di sini selama empat bulan):

Aspek akademik (pembangunan personal):
• Telah menghasilkan dua artikel akademik. Yang pertama, telah diluluskan untuk terbitan di Jurnal Geografia UKM (i.e klasifikasi iklim regional). Yang kedua, telah diterima sebagai artikel dalam buku Geografi terbitan UPSI (i.e. indikator peramal monsun).
• Sedang menghasilkan artikel untuk terbitan The International Journal of Climatology (i.e. klasifikasi iklim Asia Tenggara berasaskan sirkulasi atmosfera global).
• Telah menghasilkan kertaskerja persidangan bersabit isu dan cabaran ‘perubahan iklim’ di Sabah (The 6th Malaysian Social Science Association Conference 2008).
• Sedang menghasilkan kertaskerja persidangan yang bakal menyentuh aspek biofizikal dan sosio-politik jerebu Asean dalam konteks Borneo [Sabah-Kalimantan] (The 9th BRC Conference 2008).

Aspek policy-oriented research (kepentingan komuniti/negara):
• Telah merangka satu projek yang dinamakan ‘C-Red Kota Kinabalu’ (satu usulan untuk menjadikan Bandaraya Rimba Tropika di Sabah ini sebagai bandar model ‘bebas karbon’ yang pertama di Asia Tenggara; sebagaimana Norwich menjadi model bandar dunia pertama dengan aspirasi yang sama). Pertemuan dengan wakil Kerajaan Negeri Sabah dijangka pada bulan Mei, dengan kerjasama IBTP dan beberapa NGO terpilih.

Aspek perluasan jaringan ‘net-work’ (kepentingan sekolah/universiti):
• Telah menjalin kolaborasi dengan Department of Meteorology, King Abdulaziz University bagi projek pembentukan senario iklim (2050-2100) untuk wilayah-wilayah tropika (i.e. Asia Tenggara dan Asia Barat). Ini dijalankan di bawah payung program Malaysia-Saudi Universities Collaboration (satu strategi oleh Kementerian Pengajian Tinggi di bawah teras pengantarabangsaan).
• Sedang menjalin kolaborasi dengan Georgia Institute of Technology (Asst. Professor Kim Cobb) bagi kajian pinggir pantai (aspek geomorfologi dan iklim) di negeri Sabah. Ini salah satu usaha meluaskan inisiatif pengantarabangsaan SSS, dengan sasaran kolaborasi daripada setiap penjuru global menjelang 2010 [setakat ini SSS telah menjalin kolaborasi dengan institusi dari: Kanada, Australia, United Kingdom, Jepun, Saudi Arabia, Amerika]

Catatan oleh: Ramzah Dambul (Norwich)

4 Responses to Chevening Fellowship di Norwich

  1. stan says:

    Tahniah Doc dan semoga slamat balik ke UMS, jangan risau iklim di sini akan sentiasa Hot dan berpeluh- peluh😀 menyambut kedatangan Dr.

  2. latif says:

    dr rem, congratulations on your many achievement!..wei..next time if you dont want to face that nightmare (long and cold winter) anymore get married asap..your are long overdue on this…ha ha ha…,

  3. Rem says:

    Latif, depending on what you’re selling — the longer the overdue is… the more marketable it can become. So, bolehlah tarik harga dan jual mahal sikit.🙂

  4. rahsia says:

    tahniah dr dan slamat kembali ke sabah…. apa dr jumpa kat sana? ada bawa ole ole ka….bawa salji sekali la ha ha ha jangan marah ya . pelajar plums sem lepas……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: