Pameran Pendidikan UMS 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pada 3 dan 4 Mei 2008, telah berlangsung pameran pendidikan di Kompleks Karamunsing. Pameran selama dua hari ini telah dirasmikan oleh yang berbahagia Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin. Pameran yang pertama kali diadakan di luar UMS ini bertemakan “Jom Masuk UMS”, sebagai mengisi aspirasi ‘Universiti Rakyat’ dengan memperkenalkan UMS kepada masyarakat luar dengan lebih intim.

Pameran seumpama ini sangat bermanfaat kerana ia membawa fungsi serampang dua mata: menyebarkan maklumat berkenaan pendidikan (khususnya yang ditawarkan oleh UMS); sekaligus mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara UMS dengan masyarakat serta pelbagai agensi di negeri ini.

Pada pengamatan saya sambutan yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berkunjung sangat menggalakkan. Rata-rata pengunjung begitu tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang UMS. Soalan lazim yang kami dengar semasa di kaunter adalah seperti; apakah program-program yang ditawarkan, apakah peluang pekerjaan yang boleh di ceburi oleh graduan, bagaimana untuk memohon, apakah kepakaran yang ditawarkan UMS, bagaimana kaedah pengajian untuk pascasiswazah, serta soal-soalan yang berkaitan aspek ini.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Para pengunjung juga sangat tertarik dengan koleksi buku-buku, poster- poster penyelidikan dan cenderahati yang turut dipamerkan. Adakalanya kami tidak dapat melayan secara dekat para pengunjung yang begitu ramai. Bagaimanapun, kami berusaha melayan dan menjawab satu persatu soalan yang diajukan. Sungguh pun penat tetapi para petugas pameran nampaknya berpuas hati dan gembira dengan pameran kali ini. Berbanding dengan siri pameran yang sebelumnya!

Pada hari terakhir pameran, kami sempat berbual dengan Dr Zaleha Aziz (Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Pascasiswazah, UMS) dan beliau memberitahu pameran pendidikan berikutnya akan diadakan dalam bulan Mac 2009, dan berkemungkinan besar akan berlangsung di Centre Point. Itu tentunya satu usaha yang lebih efektif untuk mendekatkan ‘Universiti Rakyat’ ini dengan masyarakat tempatan!

Album gambar bagi pameran pendidikan ini boleh dilihat di sini (Album 1) dan di sini (Album 2).

(Berita dan gambar oleh: Stanley Suab)

3 Responses to Pameran Pendidikan UMS 2008

  1. Rem says:

    Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para pelajar pascasiswazah SSS yang telah memberikan kerjasama erat untuk mempromosikan sekolah dan universiti sepanjang pameran selama dua hari tersebut.

  2. stan says:

    Tq🙂 boleh bah kalau kami

  3. JURRY says:

    TAHNIAH

    SEMOGA SSS KITA TAMBAH MANTAP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: