Belasungkawa, Al-Fatihah

Untuk makluman sekalian warga Sekolah Sains Sosial (UMS), dukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar Tahun 1 dari Program Hubungan Antarabangsa (Norhayati Mohd Said) telah meninggal dunia akibat kemalangan semasa dalam perjalangan pulang bercuti ke kampungnya di Kota Tinggi, Johor. Turut sama terkorban dalam kemalangan adalah ibu pelajar tersebut.

Kelab Kebajikan Sekolah Sains Sosial akan menjalankan kutipan derma mulai 9 Mei 2008; manakala dua orang pensyarah Program Hubungan Antarabangsa, iaitu Dr. Asmady Idris (Dekan) dan En. Zaini Othman (Pemangku Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi) dijangka akan mewakili SSS (UMS) untuk menziarahi keluarga mangsa di Kota Tinggi.

Buat semua warga SSS (dan UMS), mohon dipanjangkan doa dan al-fatihah kepada gemulah Norhayati dan ibu beliau. Buletin de’ SinggahSini, bagi pihak Sekolah Sains Sosial, ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga pelajar tersebut. Semoga diberi kekuatan untuk bersabar dan meredhai takdir tuhan.

3 Responses to Belasungkawa, Al-Fatihah

  1. umiey 2nd IR says:

    alFatihah di sedekahkan kpd arwah. semoga roh arwah Yatiey dan Ibunya di tempatkn dikalangan org2 yg beriman.
    ampunkanlah segala salah silap arwah slama b’sma dgn kita.
    halalkanlah yg t’mkn dan yg terminum.
    semoga semua salah dan silap arwah kita ampunkan.
    moga arwah aman d ‘sana’.

  2. Good Boy says:

    alFatihah di sedekahkan kpd arwah. semoga roh arwah Yatiey dan Ibunya di tempatkn dikalangan org2 yg beriman.
    ampunkanlah segala salah silap arwah slama b’sma dgn kita.
    halalkanlah yg t’mkn dan yg terminum.
    semoga semua salah dan silap arwah kita ampunkan.
    moga arwah aman d ’sana’

  3. me_peace says:

    mc teringat lagi time tu adalah paper statistik.. time mnggu kat luar dewan peperiksaan kita org smua sbok berbincang pasal soalan apa2 yg bakal kuar.. aku duk sorang lebih suka bersndiri drpd dok pot pet pot pet dgn student lain yela tensionkan.. tetiba arwah dtg dkt aku.. tak pena2 ni kita org bercrita pnjang yela tak rapat.. tapi arwah luahkan sesuatu aku mc teringat smpai skrang.. arwah ckp.. “aku sedih sngat tak tau mana nak dok sem dpn sbb nama aku digugurkn dr residen dlm tak tau knapa… sedihla.. ko senang rumah ko dkt.. rumah aku jauh xtau mana nak tido” waktu tu aku x layan sngat sbb dlm fikiran cuma nak duduk exam… aku cuma kata.. “jgnla risau smua masalh pasti dpt dslesaikan… ”

    tiba2 x ingat bila.. sorg kwn tepon aku bgtau pasal hal ni.. terkejut mmg tak terkata.. aku sebok lagi bertanya yg mana satu ya?? skali teringat kata2 arwah.. barula aku faham knapa slma ni kita org tak la rapat tetapi arwah tetiba ja meluahkan prasaan.. barula aku faham time tu dia cuba myampaikn sesuatu.. yela kita tak tau apa bakal berlaku masa dpn… smoga arwah dtmptkan bersama2 org yg beriman…

    me_peace

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: