Seminar “Food Crisis”: oleh Bapak Herry Suhardianto

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

“Global Food Crisis: Disaster or Opportunity?” merupakan tajuk syarahan umum yang telah berlangsung pada Sabtu, 10 Mei 2008 bertempat di Bilik Galeri UMS, Bangunan Canselori. Syarahan umum tersebut disampaikan oleh Bapak Dr. Ir. Herry Suhardianto, iaitu rektor Bogor Agricultural University, Indonesia. Majlis ini dihadiri oleh rombongan dari Bogor, Konsulat Indonesia, wakil agensi kerajaan negeri, orang awam, rombongan dari Insitut Pertanian Sabah serta warga UMS.

Menurut Bapak Herry, krisis makanan yang dihadapi dunia masakini boleh disifatkan sebagai “Silent Tsunami” yang mengakibatkan kematian berjuta-juta manusia terutama di negara-negara dunia ketiga. Ini bermakna sektor pertanian pada masakini adalah kritikal dan menjadi agenda yang sangat penting. Ini kerana, makanan adalah isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia dan juga keselamatan serantau. Menurut beliau lagi selain minyak, pada masa sekarang makanan juga adalah kunci nombor dua terhadap kuasa dunia.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ini kerana pada masa kini, kekurangan reserve minyak dunia menyebabkan kenaikkan harganya begitu juga makanan. Permintaan terhadap bahan bakar bio-fuel pada masa sekarang juga telah menyebabkan persaingan penghasilan produk pertanian untuk tiga tujuan utama iaitu; bahan api (fuel), makanan manusia (food) dan makanan untuk ternakan (food). Menurut Bapak Herry, penghasilan bio-fuel pada masa ini telah menelan lebih 100 juta tan daripada penghasilan produk pertanian. Keadaan tersebut merupakan saingan hebat yang menyebabakan pengurangan penghasilan produk pertanian untuk tujuan makanan manusia dan makanan ternakan. Pada masa sekarang juga, saingan pertanian untuk ketiga-tiga tujuan tersebut turut menyebabkan persaingan terhadap guna tanah pertanian.

Bapak Herry juga turut berkongsikan pengalaman Indonesia menghadapi krisis makanan. Di Indonesia, peningkatan populasi kepada hampir 20 juta menyebabkan permintaan pasaran yang melambung secara luar biasa iaitu secara vertikal! Masalah tersebut ditambahkan lagi oleh perubahan cuaca yang ekstrim, pencemaran, banjir dan kemarau yang tidak menentu. Selain itu, antara faktor utama penyebab kenaikan harga makanan dunia ialah; peningkatan permintaan makanan terutama negara-negara membangun, peningkatan harga minyak dunia, permintaan dan peningkatan penghasilan bio-fuel, perubahan polisi dan dasar negara pengeluar makanan, perubahan guna tanah pertanian kepada perbandaran, peningkatan suhu dunia, perubahan cuaca dunia dan faktor- faktor kewangan sesebuah negara.

Menurut beliau lagi, jika dilihat secara positif kenaikkan harga tersebut adalah satu peluang untuk negara-negara pertanian meningkatkan pengeluaran tanaman yang menguntungkan. Selain itu, dengan adanya teknologi pertanian yang maju pada masa kini seperti tanaman tahan penyakit dan cepat matang membolehkan para petani meningkatkan pengeluaran secara lebih aktif.

Pada akhir syarahan beliau, Bapak Herry juga menyatakan hasrat dan peranan Bogor Agricultural University untuk menghasilkan tenaga kerja mahir dalam sektor pertanian, penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian strategik serantau untuk memastikan masalah krisis makanan dirantau ini adalah terkawal.

(Berita dan gambar oleh: Stanley Suab)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: