Lawatan ke Lahad Datu bersama Naib Canselor

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pada 25 Mei 2008, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi SSS (Dr. Ramzah Dambul) telah menyertai satu rombongan kecil UMS ke Lahad Datu yang diketuai oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin. Turut bersama dalam lawatan sehari ini adalah Prof. Datin Dr. Maryati Mohamed (Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan) dan Prof. Dr. Mohd Harun Abdullah (Sekolah Sains Teknologi).

Salah satu tujuan penting lawatan tersebut adalah untuk bertemu sekumpulan penyelidik dari Eropah, yang sedang membuat kajian bersabit aspek kimia atmosfera. Projek yang dikenali OP3-Danum08 ini mempunyai beberapa orang rakan kolaborasi di Malaysia, dan salah seorangnya adalah Dr. Ramzah Dambul (berkolaborasi dengan kumpulan dari Manchester University). Dalam rangka lawatan ini, Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin telah membawa ahli-ahli rombongan berinteraksi lebih dekat dengan para penyelidik antarabangsa sebagai satu langkah awal dalam usaha menjalin kolaborasi lebih bermakna pada masa akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: