Lawatan Hong Kong Baptist University

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pada 29 Mei 2008, sekumpulan pelajar seramai 68 orang dari Hong Kong Baptist University telah melawat Sekolah Sains Sosial (UMS). Rombongan ini diiringi oleh tiga kakitangan akademik iaitu: Prof. Chow, Prof. Li dan Dr. Yu. Selain berbincang secara kasual mengenai peluang program pertukaran pelajar, rombongan ini turut berpeluang mengikuti ceramah tentang aspek sosio-politik dan etnisiti Malaysia. Ia telah disampaikan oleh Dr. Kntayya Mariapan dan Prof. Madya Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan — dan Dr. Mohd Noor Yazid juga membantu semasa sesi diskusi dan soal-jawab.

Jalinan kerjasama antarabangsa ini telah diusahakan oleh Dekan SSS sendiri (Dr. Asmady Idris) dan diselaraskan di bawah portfolio Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi. Kelab Pascsiswazah Sekolah Sains Sosial, seperti lazim, turut menyumbangkan bantuan dari segi pengurusan logistik. Semoga program seumpama ini akan dipertingkatkan agar Sekolah Sains Sosial terus terdedah kepada proses pengantarabangsaan, iaitu satu ciri globalisasi pendidikan — yang merupakan trend perdana pada masakini. Album gambar lawatan tersebut boleh dilihat di sini.

Kredit gambar: Sdra. Stanley Suab (Jurugambar Rasmi de’ SinggahSini)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: