8) 8) 8) 8)
Persiapan Hari Keluarga UMS 2008 sudah berada di fasa akhir. Tuan rumah, Sekolah Sains Sosial, berdepan dengan kesibukan luarbiasa pada minggu ini. Ia bermula dengan lawatan tapak acara (ODEC) bagi tujuan penyelarasan lokasi-lokasi acara dan persiapan logistik. Kemudian, disusuli perbincangan dengan bahagian teknikal siaraya (Abu Bakar Ellah dari Ampal Sdn Bhd). Manakala, penyerahan pakej peserta pula mula dilakukan pada petang Khamis [5/6/2008] bertempat di foyer Sekolah Sains Sosial. Turut merancakkan suasana persiapan ialah pasukan ‘Senamrobik’ yang diketuai oleh En. Roslee Abbas. Begitu giat membuat latihan dan raptai di ruang lobi sekolah.
Kepada semua warga UMS dan ahli-ahli keluarga, marilah jayakan karnival kekeluaragaan terbesar di UMS ini. Mari ‘Santai Sama-Sama’ di pinggir pantai ODEC pada 6 dan 7 Jun 2008!