HAKUMS 2008: Meriah berwarna-warni!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hari Keluarga Universiti Malaysia Sabah 2008 [HAKUMS-08] direalisasikan dalam suasana meriah dan berwarna-warni di kawasan pantai ODEC (UMS). Perasmian dilakukan pada petang 6 Jun (Jumaat) ketika hujan sedang renyai. Manakala, majlis penutupan berlangsung pada tengahari 7 Jun (Sabtu) dalam cuaca yang redup dan nyaman. Kedua-dua upacara disempurnakan oleh Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UMS. Beliau turut menyerahkan hak penganjuran HAKUMS-09 kepada UMS-KAL (Kampus Antarabangsa Labuan) semasa majlis penutup.

Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang dua hari tersebut yang bertemakan ‘Santai Sama-Sama’. Antaranya: cabutan tiket bertuah, teka berat kepala payau (yang dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Mahmud Sudin), karaoke, sukaneka, tarik tali dan bolasepak pantai (dengan memakai kain pelikat!). Artis dan kumpulan kebudayaan turut memeriahkan acara keluarga terbesar UMS ini: Rey (Juara Bintang RTM), Velvet (AF4), Kumpulan Gambus & Kulintangan (Bongawan) serta kumpulan penari Mogunatip dan Sazau Papar.

Bersesuaian dengan acara kekeluargaan, pihak penganjur mengatur satu dedikasi khas. Ia sebagai tanda pengahargaan kepada ‘seorang ayah’ yang mengetuai keluarga besar ini menerusi lagu berjudul ‘Mahar Budi (Lagu Untuk Ayah)’. Dengan interpretasi penuh emotif, lagu tersebut dipersembahkan oleh Rey sebagai finale majlis penutup. Lirik boleh dibaca di sini; dan lagu vokal (format mp3) boleh didownload di sini. Alternatif lain, sila klik video youtube ini untuk menikmati lagu tersebut dalam bentuk videografi.

Terima kasih kepada semua warga UMS yang telah sama-sama menjayakan HAKUMS-08. Jumpa lagi di Labuan pada tahun depan!

One Response to HAKUMS 2008: Meriah berwarna-warni!

  1. R. Dambul says:

    Dalam Mesyuarat Pagi UMS (10am-11.30am) pada 17 Jun 2008 (Selasa), saya mewakili Dekan SSS, Prof. Madya Dr. Asmady Idris.

    Saya ingin memanjangkan ucapan tahniah dan penghargaan daripada semua ahli mesyuarat pagi (mewakili SPIU) kepada para AJK Pelaksana SSS di atas kejayaan menganjurkan Hari Keluarga UMS 2008. Semoga ini menjadi asas motivasi untuk kita semua terus berkhidmat kepada UMS dalam pelbagai bentuk dan usaha.

    Ramzah (TD)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: