Kunjungan Universitas Nasional Indonesia

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sekolah Sains Sosial terus mengorak langkah dalam arena pengantarabangsaan. Kali ini, hubungan dijalin bersama dengan Universitas Nasional (UNAS), sebuah universiti berprestij di Indonesia dan merupakan universiti kedua tertua di negara tersebut. Seramai enam orang wakil dari UNAS, yang diketuai oleh Drs. Ramlan Siregar (Setiausaha Agong, Yayasan Kemajuan Ilmu dan Kebudayaan) serta Drs. Eko Sugiyanto (Pembantu Rektor Kemahasiswaan, UNAS), telah membuat kunjungan hormat selama 4 hari [10-13 Jun 2008] ke Universiti Malaysia Sabah (dengan tumpuan kepada Sekolah Sains Sosial).

Pada jam 10 pagi (10hb Jun, Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (SSS), MoA telah ditandatangani di antara Prof. Madya Dr. Asmady Idris (Dekan, SSS) dan Drs. Ramlan Siregar (wakil rombongan UNAS). Upacara istimewa ini turut disaksikan oleh Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin (Naib Canselor UMS). Pada hari berikutnya (11hb Jun, Rabu), telah diadakan dialog di antara kakitangan akademik Sekolah Sains Sosial (diketuai oleh En. Zaini Othman, Program Hubungan Antarabangsa) dan ahli-ahli rombongan UNAS. Dialog tersebut telah membincangkan bentuk-bentuk kerjasama dan kolaborasi yang boleh dijalin antara kedua-dua institusi yang merangkumi: program pertukaran pelajar, pertukaran staf, kerjasama penganjuran seminar dan penerbitan jurnal (secara tentatif dinamai ‘Bumantara, International Journal of Social Sciences’).

Pada sebelah petang (11hb Jun, Rabu), turut diadakan majlis wacana ilmiah yang melibatkan pembentangan kertaskerja dari kedua-dua pihak. Sekolah Sains Sosial diwakili oleh En. Wan Shawaluddin Wan Hassan (Isu-isu dalam Hubungan Malaysia-Indonesia) dan rombongan UNAS diwakili oleh Drs. Sigit Rochadi (Problematika Hubungan Indonesia-Malaysia). Jalinan hubungan ini telah diusahakan oleh Program Hubungan Antarabangsa.

5 Responses to Kunjungan Universitas Nasional Indonesia

  1. jue 2nd year IR says:

    double tumbs up kpd yg t’libat…
    hope will continue…

  2. umiey 2nd year IR says:

    congratulation…!!!

  3. Good Boy (Sahok) says:

    Tahniah buat yang terlibat… bagi yang tak terlibat tu, jangan sedih lain sem boleh cuba lagi..Orait, di peringkat nusantara, UMS dan SSS dah berjaya membuat pengantarabangsaan.. apakata kali ni buat di peringkat Eropah pulak.. Insyaallah kami akan usahakan dalam tempoh yang terdekat…. syabas warga SSS…

  4. Zyla says:

    congratulation kepada sesiapa yang terlibat. Bila pulak agaknya budak2 tahun 2 sem ni nak pergi ke universiti berprestij tu?

  5. Miyuki_meekoIR 2nd year says:

    Aktiviti ne da gmbrkan tu hubungan antarabangsa M’sia ngan indon,
    sokong kt Saho, tp g best kLu d bg pluang bt kt Jepun kn.. papa pun TANIAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: