Jalinan Antarabangsa

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pada 13 Jun 2008 (Jumaat), bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Sekolah Sains Sosial, satu lagi sejarah tercipta. Pada tanggal tersebut, telah termeterai memorandum persefahaman di antara Universiti Malaysia Sabah (i.e. Sekolah Sains Sosial) dengan Universitas Pendidikan Indonesia bagi penerbitan Jurnal Sosiohumanika (bidang sains sosial dan pendidikan). Jalinan ini diusahakan oleh Program Sejarah di bawah penyelarasan Prof. Madya Dr. Ismail Ali.

Dalam tempoh sebulan ini, SSS juga telah menerima kunjungan antarabangsa dari Universitas Nasional (Indonesia), Hong Kong Baptist University dan Dong-A University (Korea Selatan). Pada 18 Jun 2008 (Rabu) akan datang, SSS akan sekali lagi menerima tetamu antarabangsa, dari University of Montreal (Kanada). Usaha ini dijalankan di bawah Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan (UPEP). Kunjungan ini bakal memeterai kolaborasi penyelidikan (Expansion of agriculture, deforestation, biofuels, global market: Borneo at the heart of the storm: klik sini untuk proposal), serta disusuli oleh satu siri pembentangan seminar oleh Prof. Rodolphe De Koninck, Dr. Rajindra K. Puri, dan Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid Cooke.

Sejak setahun dulu, Sekolah Sains Sosial (SSS) semakin giat dengan usaha-usaha pengantarabangsaan. Pada tahun 2007, SSS telah menerima beberapa kunjungan dari institusi luar negara. Antaranya, kehadiran rombongan MacQuarie University (Australia), yang seterusnya akan membawa kepada rancangan lawatan-balas ke Australia (Program Geografi dan Sosiologi & Antropologi) pada Ogos 2008 nanti. Program Hubungan Antarabangsa juga telah menganjurkan LASBELA (lawatan sambil belajar) ke Indonesia pada tahun lalu, dan akan meneruskannya pada tahun ini dengan destinasi baru ke Switzerland. Manakala, Program Hubungan Industri telah menganjurkan LASBELA ke UP Diliman Philipina pada 2 hingga 9 April 2008 (klik sini untuk laporan).

Usaha untuk memartabatkan nama Sekolah Sains Sosial di persada pendidikan: adakah proses pengantarabangsaan merupakan satu saluran efektif? Jawapan ada di tangan kita, sekalian warga SSS (UMS).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: