Ke persada global, Amerika Utara

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pada 18 Jun 2008, salah seorang teraju projek penyelidikan mega antarabangsa ChATSEA, Prof. Rodolphe De Koninck telah berkunjung ke Sekolah Sains Sosial (UMS) untuk membincangkan potensi kolaborasi dalam kerja-kerja akademik. Satu sub-projek yang secara am dirujuk sebagai “transformation of Borneo” dengan fokus khusus kepada perkembangan bidang pertanian – telah diusulkan sebagai titik kolaborasi antara penyelidik ChATSEA dan UMS. Jalinan ini sekaligus memeterai keputusan untuk mengambil seorang penyelidik UMS sebagai wakil rasmi Malaysia (co-researcher) dalam projek mega ChATSEA.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kedatangan Prof. De Koninck turut disertai oleh seorang lagi kakitangan akademik University of Montreal iaitu Dr. Stéphane Bernard. Kunjungan sehari ke UMS (bermula jam 10.30am sehingga 5.30pm) telah diisi dengan aktiviti: dialog kolaborasi (bersama kumpulan penyelidik UMS), seminar bersama (yang turut mengundang pakar antropologi dari United Kingdom) serta sesi ramah-mesra (kunjungan di sekitar kawasan UMS dan makan malam di Hotel Hyatt). Jalinan kolaborasi ini diusahakan bersama oleh Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid-Cooke dan Dr. Ramzah Dambul.

Bagi acara seminar, pembentangan telah dilakukan oleh: Prof. Rodolphe De Koninck, University of Montreal (“The versatility and adaptability of Southeast Asianagriculture: are there limits?”), Dr. Rajindra K. Puri, University of Kent (“Appreciating local knowledge and responses in policyformation related to climate change: Some evidence from Penan and Kenyah responses to El Nino droughts in East Kalimantan”) dan Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid Cooke, Universiti Malaysia Sabah (“The informal transport industry in the small holder oil palm economies of Eastern Sabah, crossing the border of licit and illicitness”).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: