Membina Imej Baru?

“You never get a second chance to make a first impression!”
Christine (Melbourne, Australia)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tak Kenal, Tak Cinta. Di bawah terik mentari 1 Julai 2008, satu sesi penggambaran telah berlangsung di sekitar Sekolah Sains Sosial — bertujuan mencipta imej visual sekolah. Ini adalah usaha untuk menganjak impression SSS pada mata pelajar dan pengunjung luar. Konsep yang cuba diterap berlandaskan semangat: santai, mesra dan dedikasi. Ilham ini bersempena dengan permulaan sesi baru 2008/2009.

Bagi menjayakan siri ‘kempen imej’ ini, keenam-enam Ketua Program telah sudi menawarkan diri sebagai dipujukrayu oleh TD P & I untuk menjadi ‘model’. En. Md. Saffie (Sejarah) tampil dengan imej ‘cheeky’, menggayakan bow-tie yang agak funky. Dr. Mohamad Tahir (Geografi) pula datang dengan gaya formal yang agak ranggi.

En. Rizal Zamani (Hubungan Antarabangsa) dan En. Syahruddin (Komunikasi), kedua-duanya muncul dengan persona korporat berjiwa muda. Pn. Jalihah membawa imej wanita alaf baru — sederhana tetapi moden. Manakala, En. Fazli kelihatan lebih santai. Kombinasi ini agak unik kerana ia melambangkan kepelbagaian, dan kesatuan sekaligus.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bersandarkan tema ‘memandang ke hadapan’, enam orang Ketua Program memberi interpretasi terhadap ‘imej sekolah’ menerusi pose-pose yang tersendiri.

Selain daripada kempen imej ‘memandang ke hadapan‘, tiga poster imej yang lain membawa tema: ‘mengorak langkah bersama‘ (dijayakan oleh model kalangan pentadbir tertinggi, termasuk Dekan!), ‘dunia pembelajaran yang harmoni‘ (oleh pemimpin pelajar), serta ‘dedikasi dan mesra‘ (kakitangan sokongan).

Anda teruja mahu melihat poster-poster kempen yang bakal mewarnai SSS? Tunggu…

PS: Imej-imej dalam entri ini bukan mewakili sample artwork sebenar bagi poster-poster imej yang bakal dihasilkan.

6 Responses to Membina Imej Baru?

  1. intan says:

    wah…nampaknya mereka ada bakat untuk menjadi model…bersahaja…

    Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada wajah2 baru Sekolah Sains Sosial.🙂 Good Luck

  2. Oliver says:

    Pertama kali, saya ingin mengucapkan selamat berkhidmat kepada ketua program geografi yang baru iaitu Dr. Tahir Mapa. Syabas juga kepada ketua-ketua program yang lain dan diharapkan dengan penampilan imej yang baru ini akan menceriakan lagi suasana di sekolah sains sosial terutama sekali kepada pelajar-pelajar baru kita.

  3. ixora says:

    salam tahniah untuk dr. haji mohd tahir mapa sebagai ketua program geografi yang baru..juga kepada semua ketua2 program yang lain…

  4. Min says:

    Tahniah Dr Tahir Mapa…..kena belanja I nanti…… sebab dah menang dalam Peperangan PhD….

  5. mirza says:

    ishh …faizal tahir imej baru lak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: