Melestarikan Wacana Ilmu

August 28, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Selaku sebuah gedung ilmu, Sekolah Sains Sosial terus tekal melestarikan diskusi intelektual. Pada minggu ini, tiga siri wacana telah dianjurkan bersama beberapa orang tokoh berprofail tinggi dari pelbagai bidang.

Wacana pertama merupakan pembentangan proposal PhD oleh seorang tokoh politik tanahair, Tan Sri A. Rahim Tamby Chik. Acara berlangsung pada jam 2.30pm di Bilik Mesyuarat Utama (Aras 3, SSS) pada 26 Ogos 2008. Beliau membentangkan proposal bertajuk Read the rest of this entry »


PERMASES sepanjang Ogos 2008

August 28, 2008

Persatuan Mahasiswa Sekolah Sains Sosial (PERMASES): Selaras dengan matlamat pembangunan modal insan, aktiviti kemahasiswaan di SSS terus subur berkembang. Pada bulan Ogos 2008, beberapa aktiviti dijalankan oleh PERMASES (serta kelab-kelab program di bawah naungan persatuan induk ini).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Program terbaru adalah Pameran Penghayatan Kemerdekaan yang diusahakan oleh Kelab Sejarah selama dua hari di foyer SSS, pada 26-27 Ogos 2008. Pameran ini (dengan kerjasama DBP dan Jabatan Arkib Negeri) telah menampilkan pelbagai bahan sejarah tentang kemerdekaan Malaysia dan semangat patriotisme. Sebuah filem dokumentari eksklusif (tentang pembentukan Malaysia) turut dipersembahkan. Ia ditayangkan julung-julung kali di tempat awam.

Selain daripada aktiviti tersebut Read the rest of this entry »


Dua Emas untuk SSS

August 23, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Foyer SKTM, 19-20 Ogos 2008: Mengulangi kejayaan tahun 2007, sekali lagi Sekolah Sains Sosial muncul sebagai sekolah terbaik daripada kalangan gugusan non-sains dalam Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) UMS 2008. Kali ini, SSS menggondol 10 pingat: iaitu 2 pingat emas, 5 pingat perak dan 3 pingat gangsa.

Pingat emas diraih menerusi Read the rest of this entry »


Dari Temasek ke Borneo

August 15, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bilik Mesyuarat Utama (Aras 3, SSS), 15 Ogos 2008, 2.00-4.00pm: Usaha pengantarabangsaan oleh SSS terus giat berkembang. Kali ini menerusi dailog dengan penyelidik pelawat dari Singapura, Dr. Hui Yu Fong. Beliau merupakan penyelidik salah sebuah institusi ilmu yang ternama di Asia Tenggara, iaitu Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS).

Dialog ini telah diusahakan oleh En. Wan Shawaluddin Wan Hassan (Program Hubungan Antarabangsa), dan majlis diskusi tersebut turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Rosazman Hussin, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar).

Kredit Foto: Cik Intan Soliha Ibrahim


Olimpik UMS: menghitung hari….

August 14, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sedetik imbasan (klik sini) semasa Pertandingan Penyelidikan & Rekacipta UMS Kali Pertama 17-25 April 2007.

Mampukah SSS mengembalikan semula deja vu setahun yang lalu?

Ketika dan saat ini, wirawan dan wirawati sukan negara sedang bertarung hebat di Olimpik Beijing 2008: mencari kilau sebutir pingat. Barangkali debaran serupa turut dirasai oleh sembilan penyelidik SSS, yang bakal Read the rest of this entry »


Institut Perguruan Gaya datang bertamu…

August 13, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bilik Mesyuarat Utama (Aras 3, SSS) & Makmal GIS; 11 Ogos 2008, 8.00-12.00pm: UMS mendokong reputasi sebagai ‘Universiti Rakyat’. SSS berkongsi aspirasi tersebut menerusi ikatan ukhuwah dengan institusi-institusi tempatan. Paling terbaru ialah kunjungan interaksi dan pembelajaran 21 orang ‘bakal guru’ dari Institut Perguruan Gaya (IPG). Rombongan ini turut disertai tiga Read the rest of this entry »


Kunjungan Aktivis Hak Asasi Antarabangsa

August 11, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bilik Mesyuarat Utama (Aras 3, SSS); 5 Ogos 2008, 2.30pm: Sekolah Sains Sosial bertuah kerana dikunjungi seorang tokoh aktivis keamanan dan hak asasi (klik sini), iaitu Sheikh Yassir Fazaga. Beliau, yang juga merupakan Read the rest of this entry »