Alat Canggih untuk Program Geografi

Projek yang dikenali sebagai “Oxidant and Particle Photochemical Processes above Danum Tropical Rainforest” [OP3-Danum-08] bertujuan mengkaji interaksi yang berlaku dalam atmosfera hutan hujan khatulistiwa serta perubahan iklim dunia. Bertempat di Kota Kinabalu pada 12 Julai 2008, penyelidikan antarabangsa ini telah dilancarkan secara bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili; serta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas. Projek berstatus mega ini dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari United Kingdom dengan kolaborasi beberapa orang penyelidik tempatan, termasuk dari Universiti Malaysia Sabah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dr. K. Bower, Dr. M. Gallagher, Dr. Ramzah dan Dr. M. Flynn

Salah seorang penyelidik UMS yang berkolaborasi dengan OP3-Danum-08 ialah Dr. Ramzah Dambul (Program Geografi). Beliau bekerjasama dengan kumpulan dari University of Manchester yang diketuai oleh Dr. Martin Gallagher. Sebagai tanda penghargaan kepada kolaborasi yang dijalin, Dr. Gallagher (bagi pihak University of Manchester) telah menghadiahkan sebuah alat pengukur pelbagai indeks atmosfera kepada Program Geografi UMS. Alat yang dikenali sebagai ‘Windmaster Pro [32 Hz] Sonic Anemometer Thermometer’ ini berkeupayaan mengukur: suhu permukaan, aerosol, ozon, isopren, VOC, ammonia, nitrogen dioksida, gas methane dan beberapa parameter fizikal udara yang lain. Bacaan bagi setiap ukuran akan disalurkan secara terus kepada komputer dalam bentuk cerapan digital.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Alat tersebut telah diserahkan sendiri oleh Dr. Martin Gallagher kepada Dr. Ramzah Dambul pada 29 Julai 2008, dengan ditemani oleh dua lagi rakan penyelidik dari projek OP3-Danum-08, iaitu Dr. Keith Bower dan Dr. Michael Flynn. Sonic Anemometer ini bakal membantu Program Geografi memperbaiki kaedah penyelidikan dan pengajaran, khususnya dalam bidang klimatologi.

3 Responses to Alat Canggih untuk Program Geografi

  1. Socrates GEO says:

    Dr.,
    Jadi bilalah pelajar klimatologi boleh pakai alat canggih tu? Macam best pula tau…

  2. jonas says:

    yg penting benda tu x kan berkarat@berdebu……

  3. edna percy says:

    harap boleh try guna alat canggih tu nanti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: