Awal Ogos, sepekan di SSS…

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sepekan di sekitar SSS bersama pelbagai aktiviti [2-4 Ogos 2008]:

Program Hubungan Industri muncul sebagai program pertama pada semester ini yang merintis aktiviti kemahasiswaan. Pada 2 Ogos yang lalu (Sabtu), pelajar-pelajar senior dan junior program ini telah mengadakan sesi temu-mesra. Sila klik sini untuk melihat album gambar acara ini. Acara yang padat dengan pelbagai aktiviti interaksi itu dijalankan di sekitar perkarangan SSS, bertujuan menambah-erat sefahaman dan kerjasama sesama ahli program. Tahniah! Program-program lain, bila lagi?

Kepada para Pengerusi Kelab (semua program) dan Presiden PERMASES — jika ingin berkongsi berita dan gambar aktiviti di Buletin de’ SinggahSini — sila email webmaster atau mana-mana ahli redaksi yang lain (klik sini).

Pada 4 Ogos pula, dua lagi aktiviti berlangsung di SSS. Mesyuarat Kedekanan & Ketua Program [i.e. perihal penyelarasan senarai graduan SSS pada majlis konvokesyen 2008] telah diadakan pada jam 2.00pm di Bilik Mesyuarat, Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan. Sila klik sini untuk melihat aksi-aksi pihak pengurusan bermuqabalah bermesyuarat.

Pada masa yang sama, para pelajar Geografi Tahun 3 telah berhimpun di Bilik Mesyuarat Utama (Aras 3) untuk mengikuti bengkel Penulisan Tesis. Program ini diselaraskan oleh En. Oliver V. Eboy, dan melibatkan hampir semua tenaga akademik sebagai penceramah — bagi pelbagai aspek penulisan tesis. Klik sini untuk melihat gaya ‘wow!’ Ketua Program Geografi yang baharu (Dr. Mohammad Tahir Mapa), serta menatap wajah-wajah tension tawaduk para pelajar tahun akhir.

Selamat menyelidik dan berdisertasi!

One Response to Awal Ogos, sepekan di SSS…

  1. fadila says:

    Hai,dah dua kali foyer sss diserikan dengan majlis pengucapan awam yg dianjurkan oleh pelajar hbgn atrabgsa tahun II. Dah datang ka? kalau belum, semua orang dijemput hadir.
    Kepada kumpulan yang sudah menganjur, tahniah.
    Kepada yg belum, good luck k…
    Kepada Pensyarah, Puan Marjah….terima kasih kerana membimbing kami.
    Datanglah beramai2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: