Institut Perguruan Gaya datang bertamu…

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bilik Mesyuarat Utama (Aras 3, SSS) & Makmal GIS; 11 Ogos 2008, 8.00-12.00pm: UMS mendokong reputasi sebagai ‘Universiti Rakyat’. SSS berkongsi aspirasi tersebut menerusi ikatan ukhuwah dengan institusi-institusi tempatan. Paling terbaru ialah kunjungan interaksi dan pembelajaran 21 orang ‘bakal guru’ dari Institut Perguruan Gaya (IPG). Rombongan ini turut disertai tiga orang pensyarah IPG, termasuk Ketua Program Kajian Sosial, Pn. Lina Bagu.

Program Geografi, yang diketuai oleh Dr. Mohammad Tahir Mapa, bertindak selaku tuanrumah kepada tetamu dari IPG ini. Pengisian acara termasuklah taklimat tentang sekolah dan peluang pengajian di peringkat pascasiswazah oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Dr. Ramzah Dambul. Kemudian, ia disusuli oleh satu pembentangan khas bersabit aspek Geographic Information System (GIS) oleh Pengarah Pusat Remote Sensing dan GIS, iaitu En. Mustapa Abd Talip.

Aktiviti bercorak interaksi seperti ini bukan saja melunaskan obligasi sosial SSS (dan UMS) sebagai ‘Universiti Rakyat’, bahkan ia juga merupakan strategi promosi yang baik untuk memasyhurkan reputasi institusi ilmu kebanggaan penduduk Sabah ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: