Olimpik UMS: menghitung hari….

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sedetik imbasan (klik sini) semasa Pertandingan Penyelidikan & Rekacipta UMS Kali Pertama 17-25 April 2007.

Mampukah SSS mengembalikan semula deja vu setahun yang lalu?

Ketika dan saat ini, wirawan dan wirawati sukan negara sedang bertarung hebat di Olimpik Beijing 2008: mencari kilau sebutir pingat. Barangkali debaran serupa turut dirasai oleh sembilan penyelidik SSS, yang bakal membawa cabaran sekolah ke Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta UMS 2008.

Acara tahunan UMS yang dianjurkan buat kali ke-2 ini mempertaruhkan lima pingat emas bagi kategori non-sains (sains sosial dan kemanusiaan). Kali ini, pasukan SSS dibarisi oleh sembilan tenaga akademik, mewakili keenam-enam program pengajian. Kejayaan menggembling penyertaan yang representatif ini, dengan sendirinya sudah boleh dianggap sebagai satu kemenangan. Jika berjaya membawa pulang pingat — itu tentunya merupakan bonus!

Kontijen SSS akan diketuai oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) serta dibantu oleh Marja Azlima Omar sebagai Timbalan Chef de Mission. Pada tahun ini SSS sekali lagi diperkuatkan oleh Baszley Bee Basrah Bee (pemenang dua pingat pada tahun 2007) serta Abd. Munir Ladoni (yang turut menggondol sebutir pingat pada pertandingan lalu). Senarai lengkap penyertaan tahun 2008 boleh dilihat di sini.

Warga SSS (khususnya kakitangan akademik) dialu-alukan datang memberi sokongan moral (yes, it would make a difference!) kepada wakil-wakil SSS. Pertandingan dijalankan pada 19-20 Ogos 2008 (Selasa/Rabu), bermula jam 9am di Foyer SKTM. Majlis perasmian akan berlangsung pada 9.30am [20 Ogos 2008] di tempat yang sama.

Nota: Bagi senarai penyertaan tahun 2007 yang lalu, sila klik sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: