Dua Emas untuk SSS

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Foyer SKTM, 19-20 Ogos 2008: Mengulangi kejayaan tahun 2007, sekali lagi Sekolah Sains Sosial muncul sebagai sekolah terbaik daripada kalangan gugusan non-sains dalam Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) UMS 2008. Kali ini, SSS menggondol 10 pingat: iaitu 2 pingat emas, 5 pingat perak dan 3 pingat gangsa.

Pingat emas diraih menerusi Prof. Madya Dr. Balakrishnan Parasuraman (Hubungan Industri) dan Dr. Ramzah Dambul (Geografi). Lima perak dianugerahkan kepada Prof. Madya Dr. Rosazman Hussin (Sosiologi & Antropologi Sosial), Prof. Madya Dr. Balakrishnan Parasuraman (i.e. beliau menghantar dua penyertaan), Baszley Bee Basrah Bee et. al (Sejarah), Oliver Valentine Eboy (Geografi) dan Zaini Othman et. al (Hubungan Antarabangsa).

Pingat-pingat gangsa pula diperoleh oleh Abd Munir Ladoni (Geografi), Jalihah Md. Shah (Sosiologi & Antropologi Sosial) dan Lee Kuok Tiung (Komunikasi). Ini bermakna, SSS memenangi pingat dalam semua sepuluh penyertaan. Untuk pungutan pingat penuh mengikut SPIU, sila klik sini. Untuk kategori penyelidikan, lima tenaga akademik SSS menempatkan diri dalam kelompok Top 10. Bagi sebuah institusi penyelidikan bersifat non-sains, ini adalah prestasi yang sungguh membanggakan.

Tahniah kepada semua ahli kontijen PEREKA 2008, serta ahli jawatankuasa: Marja Azlima Omar (penyelaras penyertaan), Abd Munir Ladoni (penyelaras pembikinan poster), Stanley Suab dan Samsam Abu (perekacipta poster) serta semua pelajar pascasiswazah SSS yang bertugas di kaunter pameran SSS (diketuai oleh Stanley Suab dan Intan Soliha Ibrahim). Senarai lengkap penyertaan SSS bagi tahun 2008 boleh dilihat di sini.

Aksi-aksi sepanjang acara tersebut boleh dilihat dalam: Album PEREKA (1) dan Album PEREKA (2).

10 Responses to Dua Emas untuk SSS

  1. intan says:

    Tahniah buat semua yang menang!!! SSS memang gempaq..

  2. zaini othman says:

    Saya ambil kesempatan nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua warga SSS yang telah mengusahakan persiapan yang begitu rapi dan kosntruktif buat kotingen SSS ke PEREKA tempoh hari khususnya kepada Dr Ramzah, Pn Marja…untuk Intan, Samsam, Stanley, saya akan tunaikan janji [melalui Sdri Intan] nak belanja makan…

  3. intan says:

    Encik Zaini, after raya pun boleh…lg best makan2…🙂

  4. Fauziah says:

    Intan warga sekolah lain bole join tak ruangan ‘responses’ nie?…. anyway belum terlambat..Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat

  5. Assalammualaikum dan salam sejahtera says:

    Tahniah kpd PM Dr. Bala dan PM Dr. Rosazman krn mmngi pngt emas dlm PEREKA….Tdk lp jg d ucpkn kpd lecture yg ln yg trt trlbt dlm PEREKA dan memperolehhi pngt……
    HIDUP SSS.

  6. intan says:

    boleh…tidak ada halangan…kan Webmaster? lg pn ini buletin kebanggaan kita🙂

  7. […] penyelidik SSS yang mengharumkan nama sekolah dengan masing-masing memenangi pingat perak dalam Pertandingan Rekacipta dan Penyelidikan UMS 2008 telah sudi berkongsi rahsia ilham […]

  8. Dr Bala says:

    Belum terlambat lagi saya ucapkan tanhiah. Tahniah kepada semua pemenang PEREKA 2008 terutama dari SSS. Special thanks to Dr Ramzah, Pn Marja, Cik Intan, Samsam, Stanley, Syakira dan lain-lain yang saya tak dapat sebut nama di sini. Kamu telah bekerja keras dalam dalam menjayakan acara ini. Semoga Tuhan akan memberkati kamu semua. Saya berdoa agar SSS akan disanjungi tinggi di peringkat antarabangsa and kebangsaan. SSS juga akan menjadi pusat kecemerlangan penyelidikan di rantau Asia Pacifik.

    Pm Dr Bala

  9. […] Madya Dr. Balakrishnan Parasuraman memenangi dua pingat dalam PEREKA 2008, iaitu Pingat Emas dan Pingat Perak. Berbicara tentang penyelidikan, kata beliau: […]

  10. […] Imbauan lama: PEREKA 2007 (klik sini) dan PEREKA 2008 (klik sini) […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: