Melestarikan Wacana Ilmu

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Selaku sebuah gedung ilmu, Sekolah Sains Sosial terus tekal melestarikan diskusi intelektual. Pada minggu ini, tiga siri wacana telah dianjurkan bersama beberapa orang tokoh berprofail tinggi dari pelbagai bidang.

Wacana pertama merupakan pembentangan proposal PhD oleh seorang tokoh politik tanahair, Tan Sri A. Rahim Tamby Chik. Acara berlangsung pada jam 2.30pm di Bilik Mesyuarat Utama (Aras 3, SSS) pada 26 Ogos 2008. Beliau membentangkan proposal bertajuk “UMNO Dan Pembangunan Politik Malaysia: Satu Kajian Kepimpinan Politik”, dan diseliakan oleh Prof. Dr. Sabihah Osman dan En. Zaini Othman.

Acara kedua merupakan siri seminar anjuran bersama institusi akademik antarabangsa. Ia diadakan di tempat yang sama (BMU, SSS) pada 27 Ogos jam 2.00pm. Pembentang kertaskerja adalah seorang ahli akademik dari Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), iaitu Dr. Aiko Nishikida. Beliau mengupas tentang penemuan kajian sosiologi dan antropologi dalam kalangan masyarakat Timur Tengah. Seminar bersama TUFS ini adalah inisiatif Pn. Jalihah Md. Shah (Program Sosiologi & Antropologi Sosial) dan dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Jaqueline Pugh-Kitingan.

Acara terakhir adalah “dialog meja bulat” yang diusahakan bersama oleh CeRGIS (UMS) dan LESTARI (UKM). Ia diadakan pada jam 9am-12pm di Bilik Mesyuarat Senat (Aras 5, Bangunan Canselori) pada 28 Ogos 2008. Dialog ini bertema “Sabah Development Corridor: The Great Divide”, dan ia khusus membincangkan peluang-peluang penyelidikan dalam konteks Koridor Pembangunan Sabah. Pembentang kertaskerja termasuklah Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon (Naib Canselor UMS) dan Prof. Dato’ Abd Samad Hadi (tokoh pemikir Malaysia yang begitu berpengalaman dalam kajian tentang aspek-aspek pembangunan).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: