Jalinan Muhibbah SSS

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Foyer & Sekitar Perkarangan SSS, 9am-10pm, 6 September 2008 (Sabtu): Bersempena dengan kedatangan bulan ramadan, Persatuan Mahasiswa Sekolah Sains Sosial (PERMASES) telah mengambil langkah menganjurkan program yang dapat menyemai jalinan muhibbah kalangan kakitangan dan pelajar. Majlis tersebut diisi dengan acara gotong-royong menyediakan juadah berbuka-puasa, seterusnya diikuti dengan majlis makan malam secara santai di foyer SSS.

Majlis ini menyatukan semua warga SSS tanpa mengira status, etnik dan kepercayaan. Seawal pagi Sabtu tersebut, Dekan SSS sendiri Prof. Madya Dr. Asmady Idris telah turun padang membantu persiapan bahan-bahan juadah: menghiris lobak merah dan kobis bunga. Wow, dekan turun padang!

Tunjang utama program ini adalah Sdra. Mohd Ridhuan yang merupakan presiden PERMASES. Kehadiran pelajar dan staf akademik/sokongan seramai kira-kira 250 orang telah memeriahkan acara yang sungguh bermakna ini. Gambar-gambar sekitar program tersebut boleh ditatap dalam album ini.

4 Responses to Jalinan Muhibbah SSS

  1. cah says:

    SALAM.DR. NAMA PROGRAM TU SALAH. BUKAN “IHYA RANADHAN”, “TAPI HARI JALINAN MUHIBBAH SSS”

  2. intan says:

    ini barulah best. diharapkan pada masa akan datang, aktiviti ini dapat diteruskan. dalam kata lain, aktiviti tahunan. Tahniah PERMASES..

  3. pelajar sss says:

    best sangat acara nih. harap-harap dapat diteruskan pada masa akan datang. tahniah permases!!!

  4. Miyuki_meeko says:

    aktiviti ne mang best..bukan sekadar nak datang ntuk bukak pose jer, tapi ‘muhibbah’ tu yang penting, x suma wrga SSS ne saling kenal kekadang pun kenal muka tp x tau nama sedih nyer. Aktiviti cam ne la yang ble eratkan silaturahim kte di bwh satu bumbung SSS. TAHNIAH bebanyak kt PERMASES

Leave a comment