Kerjalapangan & Khidmat Komuniti di Kundasang

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

12-14 September 2008, Kundasang: Dalam konteks Sabah, perubahan iklim boleh memberi kesan paling signifikan kepada dua ekosistem utama: pinggir pantai dan pergunungan. Konteks ini diterjemah ke dalam kerjalapangan bagi kursus-kursus klimatologi (Program Geografi, Sekolah Sains Sosial). Pada 7-8 September yang lalu, pelajar Klimatologi Lanjutan (Tahun 3) telah menjalankan kerjalapanan di Kg. Sabandar, sebuah petempatan nelayan di Tuaran. Kali ini, pelajar Klimatologi Asas (Tahun 2) menjadikan Kundasang (pekan di pergunungan) sebagai lokasi kerjalapangan.

Selain daripada kerjalapangan, bagi mengotakan janji UMS sebagai sebuah “universiti rakyat” — satu projek khidmat komuniti dijalankan untuk pelajar-pelajar di sekitar daerah Ranau. Program tersebut dijalankan pada 12 September 2008, daripada jam 9am sehingga 5pm. Pengisian program termasuklah: ceramah motivasi dan peluang kemasukan ke universiti, kuiz tentang iklim dan alam sekitar, pertandingan pengucapan awam serta pameran oleh Jabatan Alam Sekitar (Cawangan Kota Kinabalu).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Program ini telah disertai kira-kira 200 pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 dari tiga buah sekolah: SMK Kundasang (sebagai tuan-rumah), SMK Ranau dan SMK Datuk Paduka Mat Salleh. Kerjalapangan dan khidmat komuniti adalah dua aktiviti yang amat sinonim dengan Program Geografi, khususnya dalam usaha menghasilkan modal insan yang prihatin pada obligasi sosial. Serta memiliki sifat-sifat kepimpinan dalam organisasi.

Sila klik sini untuk pautan yang berkaitan: berita khidmat komuniti ini dalam Blog SMK Kundasang.

One Response to Kerjalapangan & Khidmat Komuniti di Kundasang

  1. […] Komuniti di Kg. Batu Sapi Khidmat Komuniti di Kundasang (September, 2008) Misi Penangah 2008 (September, 2008) Khidmat Komuniti di Matupang (Oktober, 2008) […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: