Menakluk Kota Melaka

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

12-14 September 2008, kota Melaka yang muncul kira-kira pada kurun ke-14 telah berjaya ditawan oleh 34 orang pelajar sejarah (Tahun 2) Sekolah Sains Sosial, UMS semasa lawatan sambil belajar (LASBELA) ke Melaka. Tujuan utama LASBELA ini adalah sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar program sejarah yang mengambil kursus Kesultanan Melayu Melaka dan Tanah Melayu dalam Zaman Penjajahan. Tapi apa yang lebih penting, pelajar-pelajar berpeluang untuk menghayati sendiri peninggalan sejarah dan peradaban Kesultanan Melayu Melaka dan kesan peninggalan penjajah. Antara destinasi yang dilawati ialah Istana Budaya Kesultanan Melayu Melaka, Muzium Adat Istiadat, Muzium Islam Melaka, Kota A Fomasa, Kota St. John, Muzium Samudera, Galeri Laksamana Cheng Ho, Perigi Hang Tuah, dan sebagainya. Hasil lawatan ini pelajar telah menghasilkan dua laporan/kertas projek iaitu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan Kota Melaka: Dalam Konteks penjajahan. Inilah kali pertama LASBELA program sejarah yang akan menjadi titik tolak dan tradisi kepada pelajar-pelajar sejarah pada masa akan datang.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pengalaman menyelusuri kota Melaka ini bukan sahaja berpeluang menyaksikan paparan warisan sejarah tetapi juga dapat mengukuhkan hubungan yang erat di antara mereka (team work) dalam program Sejarah. Lihatlah gambar ini betapa eratnya mereka dan terpancar wajah-wajah keceriaan walaupun penat seharian meneroka dan menjejaki kota ini.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ini pula muzium kota Melaka yang menyimpan pelbagai khazanah sejarah dari bermulanya empayar Melaka sehinggalah kemaraan kuasa-kuasa Eropah. Disini mereka berpeluang menambah pengetahuan mengenai sejarah Melaka dari pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi, sosial dan budaya Melayu. Inilah sebenarnya yang mahu diaplikasikan iaitu “pengajaran dan pembelajaran dalam kerja lapangan”.

6 Responses to Menakluk Kota Melaka

  1. Miss Hellfire says:

    LASBELA ke Melaka pada september thn lepas byk memberi pengetahuan tentang Melaka pada masa silamnya walaupun hanya dengan melawat tempat2 bersejarah di Melaka dan menghabiskan 3 hari 2 malam. Harap aktiviti seperti ini dapat dianjurkan lagi yang pntg khas untuk budak2 sejarah.. hehehe..

  2. Miss Hellfire says:

    Tapi x puas hati coz x sempat melawat seluruh tinggalan di Melaka. Just area2 Bandar Hilir, Perigi Hang tuah je….. Well, it’s faktor masa pnya problem…

  3. joe says:

    ala kalau tak puas lagi jom lah datang lagi i love you

  4. ain says:

    jom lah bila nak pergi sayang

  5. joe says:

    besok lah sayang.

  6. aina zaharuddin says:

    iu gelinye syg2 ni..:P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: