Misi Penangah 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sebahagian ahli rombongan Misi Penangah bersama pensyarah pengiring, Dr. Mohammad Tahir Mapa, En. Wan Shawaluddin Wan Hassan dan En. Aliakbar Gulasan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

13-15 September 2008, Kg. Penangah: Reputasi UMS sebagai “universiti rakyat” tidak boleh berdiri hanya atas kata-kata retorik. Ia harus direalisasikan di medan sebenar. Sekumpulan warga Sekolah Sains Sosial, i.e. paduan tenaga pelajar dan kakitangan akademik, telah mengangkat citra varsiti ini menerusi “Misi Penangah 2008”.

Misi Penangah 2008 (13-15 September 2008) merupakan sebuah program Persatuan Mahasiswa Sains Sosial (PERMASES) Universiti Malaysia Sabah. Program ini melibatkan 4 orang pensyarah dan 14 orang siswa dan siswi daripada Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Program yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk meneliti keadaan sosial penduduk Penangah khasnya., sesuai dengan disiplin sekolah sains sosial yang amat prihatin tentang isu-isu kemasyarakatan.

Perlaksanaan program ini juga dianggap sebagai satu langkah untuk memupuk kesedaran dikalangan mahasiswa sains sosial berhubung dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekeliling. Ini kerana Kg Penangah merupakan sebuah kawasan yang terletak jauh di pedalaman yang rata-rata penduduknya mempunyai pendapatan isi rumah yang rendah. Keperluan insfratuktur-infrastuktur asas seperti eletrik dan saliran paip air juga tidak terdapat di kawasan tersebut.

Selain itu, program yang dijalankan ini bertujuan untuk memantau keadaan pendidikan dan keagamaan di kawasan tersebut yang merupakan teras pembangunan dan peningkatan ketamadunan suatu-suatu masyarakat. Antara lainnya, perlaksanaan program ini juga diharap dapat mengeratkan hubungan antara warga universiti dan masyarakat pedalaman khasnya, di samping memberikan sumbangan dan bantuan kepada penduduk-penduduk kampung.

Sila klik sini untuk membaca laporan penuh projek khidmat siswa ini.

2 Responses to Misi Penangah 2008

  1. […] Komuniti di Kg. Batu Sapi Khidmat Komuniti di Kundasang (September, 2008) Misi Penangah 2008 (September, 2008) Khidmat Komuniti di Matupang (Oktober, 2008) Khidmat Komuniti di Timbang Batu […]

    • badran saman says:

      assalamualaikum & salam sejahtera..

      saya daripada UIAM Gombak berhajat untuk mengadakan program outreach di Kampung Pinangah, namun tidak banyak maklumat yang saya perolehi.

      kalau saya boleh tahu, bagaimana saya boleh dapatkan info lebih lanjut mengenai kampung ini untuk kami jalankan program outreach. dan juga NGO di Sabah yang kami boleh jalinkan kerjasama untuk program kami.

      sangat berharap respon daripada empunya blog. TQ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: