ANSOS Menawan Banjaran Crocker!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

15-18 September 2008, Kg. Buayan: Seramai 14 orang pelajar ANSOS tahun akhir yang mengambil kursus Sosiologi Luar Bandar telah mengadakan lawatan ke Kg Buayan yang terletak di Banjaran Crocker. Rombongan memulakan perjalanan dengan kereta pacuan empat roda sehingga ke penghujung jalan balak di Ulu Sugud sebelum berjalan kaki ke destinasi. Rombongan ini berjaya mencatat rekod baru masa perjalanan yang sebelum ini hanya 1 jam 30 minit (i.e. dipegang oleh penduduk tempatan). Rekod baru perjalanan ialah 6 jam 15 minit!

Pada hari kedua lawatan, pelajar telah menyertai penduduk kampung menanam padi bukit. Selain itu, En. Paul Porodong selaku ketua rombongan juga melakukan beberapa eksperimen tentang aktiviti penanaman padi bukit.

Pada hari ketiga, pelajar didedahkan dengan aktiviti menjalankan temuduga berstruktur dengan menggunakan borang soalselidik. Borang soalselidik ini digunakan oleh Global Diversity Foundation-GDF (U.K) untuk memantau amalan pertanian pindah di kampung ini. Pelajar Ansos turut dibantu oleh pembantu-pembantu penyelidik yang terlatih daripada GDF. Aktiviti mandi sungai pula merupakan aktiviti harian yang pasti dilakukan.

Perjalanan ke Kg Buayan diiringi oleh Pengerusi JKKK kg Buayan, En James Wong (Koordinator Lapangan GDF), En Raymond (Ketua Pembantu Penyelidik). Turut menyambut di Stesen Penyelidikan GDF ialah Noah Jackson, seorang jurugambar dari USA.

4 Responses to ANSOS Menawan Banjaran Crocker!

  1. Stan says:

    Tahniah ANSOS. Pertama kerana telah sampai di Buayan dan kedua catatan masa yang menarik. Catatan masa yang pernah pasukan kami catatkan ke Buayan sebelum ini adalah lebih kurang 5jam 45minit iaitu pada pertama kalinya kami ke sana pada tahun 2005. Mr. Paul, lain kali pergi Buayan ajak saya sekali ya. Lama sudah saya tidak ke sana. Tq

  2. Paul says:

    Tahniah juga kepada pelajar ANSOS kerana dapat menyerap pelbagai kejutan yang diterima dengan cemerlang. Perjalanan ke Buayan adalah kategori 3 daripada 5 tahap cabaran berjalan kaki. Sila lawati http://www.sampangmangazou.blogspot.com/ untuk mengetahui bagaimana tahap cabaran ini diukur. Sorry Rem kerana menggunakan ruang ini untuk tujuan pengiklanan ha ha!

  3. hilmey says:

    Tahniah kepada pelajar tahun akhir…
    pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama junior..

  4. Chya Hye Dee says:

    Tahniah kepada abang-abang & kakak-kakak ANSOS sekalian.. Nanti kami tahun tiga kami nak menawan pula puncak gunung kinabalu…insyallah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: