UMS-UOW, memeterai ikatan..

October 31, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dekan SSS, Prof. Madya Dr. Asmady Idris dan Timbalan Pengarah Pusat Pengembangan Akademik, Prof. Madya Dr. Jennifer Chan — menyaksikan pertukaran cenderamata di antara Prof. Datuk Dr. Kamaruzzaman Ampon (mewakili UMS) dan Prof. Dr. Diana Kelly (mewakili University of Wollongong, Australia).

30 Oktober 2008 [10am], Dewan Resital: Selaras dengan hasrat pengantarabangsaan yang digariskan dalam buku misi UMS, Program Hubungan Industri (SSS) dan Pusat Pengembangan Akademik (UMS) telah bekerjasama untuk merealisasikan memorandum persefahaman di antara Universiti Malaysia Sabah dan University of Wollongong. Ini adalah kerjasama pertama Read the rest of this entry »


Idul Fitri de’ SinggahSini 2008

October 31, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aksi-aksi ligat dan spontan sekalian warga SSS semasa majlis sambutan Aidil Fitri de’ SinggahSini 2008!

29 Oktober 2008 [10am-2pm], Foyer SSS: Sempena kehadiran bulan Syawal yang mulia, SSS dengan kerjasama PERMASES telah menganjurkan Majlis Aidilfitri untuk semua warga sekolah. Bertemakan “Kemeriahan di Aidilfitri” — suasana foyer benar-benar meriah dengan pelbagai juadah yang dinikmati bersama oleh staf akademik dan pentadbiran, serta para pelajar dan tetamu-tetamu jemputan. Acara turut diserikan dengan persembahan karaoke oleh pensyarah, kakitangan pejabat dan pelajar.

Juara pertandingan karaoke Read the rest of this entry »


Jelajah ke Sabah Utara

October 29, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
26-27 Oktober 2008, Kampung Timbang Batu: Gambar-gambar sekitar acara Khidmat Masyarakat Klimatologi anjuran mahasiswa PLUMS yang mengambil kursus dalam Program Geografi (SSS).

Sekumpulan 21 pelajar Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) menjalankan projek khidmat masyarakat di sebuah perkampungan dalam daerah Tandek, iaitu salah satu daripada empat daerah paling mundur di Sabah. Projek ini dijalankan di bawah kursus Sekolah Sains Sosial (AG20703 Klimatologi), bertujuan Read the rest of this entry »


Budi Sedikit Bukannya Mudah…

October 24, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
24 Oktober 2008, Rumah Bukit Harapan [2.30pm]: Prof. Madya Fadzilah Majid-Cooke dan Prof. Madya Dr. Rosazman Hussin (mewakili Kelab Sosiologi & Antropologi Sosial) telah mengunjungi Rumah Bukit Harapan untuk menyerahkan sumbangan berjumlah RM3602.00. Kutipan tersebut adalah bersempena Majlis Makan Malam Amal yang dianjurkan pada 21 Oktober yang lalu. Usaha murni ini jelas telah membawa keceriaan pada wajah anak-anak istimewa Rumah Bukit Harapan. Senyumlah untuk esok, senyumlah untuk dunia!

Padi bukit bertampi sudah,
Anak kunyit di celah jerami;
Budi sedikit bukannya mudah,
Seberat langit antara bumi.


Kreatif, Inovatif

October 23, 2008

Pembangunan modal insan telah menjadi misi perdana sistem pendidikan Malaysia Malaysia sejak kebelakangan ini, terutamanya di peringkat pengajian tinggi. Strategi ke arah itu adalah menerusi penekanan terhadap aspek ‘kemahiran insaniah’. Slogan tentang ‘minda kelas pertama’ sudah diuar-uarkan serata negara. Persoalannya: adakah gagasan ini hanya satu retorik, atau gimik semata-mata?


Klik video di atas untuk menonton aksi pelajar-pelajar Program Hubungan Antarabangsa (di bawah seliaan Pn. Marja Azlima Omar) dalam video klip istimewa yang dihasilkan sendiri sebagai sebahagian metod pengajaran kursus.

Bagi Sekolah Sains Sosial, gagasan murni ini menuntut ikhtiar dan inisiatif. Justeru, tenaga akademik SSS telah mengerah segenap kreativiti untuk mengadun elemen-elemen kemahiran insaniah dalam kurikulum akademik. Ini selaras dengan tuntutan dan cabaran pendidikan masakini — yang bukan sekadar mahu membangunkan IQ, tetapi juga termasuk EQ, daya pemikiran mencapah dan nilai-nilai spiritual. Untuk lebih lanjut: klik sini dan sini.


Latihan Ilmiah: Proses Pemantauan

October 23, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Para pelajar Tahun 3 Program Geografi tekun mengikuti sesi pembentangan kemajuan latihan ilmiah

23 Oktober 2008, BMU Aras 3 & Makmal GIS Aras Bawah [8.15am-4.30pm]: Sejak tiga sesi yang lalu, Program Geografi telah mengambil langkah mewajibkan semua pelajar membuat latihan ilmiah sebagai pra-syarat pengijazahan. Ini selaras dengan hasrat program untuk menjadikan pengajian di universiti sebagai medan memperkuatkan asas-asas ilmu bagi disiplin tertua ini. Dengan jumlah pelajar tahun akhir yang melebihi 60 orang, mekanisme pemantauan perkembangan latihan ilmiah yang efektif amatlah dituntut.

Bagi Program Geografi, salah satu metod Read the rest of this entry »


Menerbitkan buku bersama DBP?

October 23, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Hajjah Asiah Daud (Pegawai Perancang Bahasa) dan dihadiri oleh para pensyarah dan pelajar pascasiswazah SSS

22 Oktober 2008, Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3 [2.15pm]: Taklimat “perolehan judul” (yang disampaikan oleh pegawai DBP) bertujuan untuk membuka peluang kepada tenaga akademik dan pelajar pasca SSS mengusahakan penulisan dan penerbitan bersama DBP. Dua orang pegawai DBP dari Kuala Lumpur, iaitu Pn. Hajjah Asiah Daud dan Pn. Rohaida Baharudin telah berkunjung ke SSS untuk memberikan informasi lebih dekat tentang peluang, prosedur dan kelebihan menerbitkan buku di bawah label DBP, sama ada buku umum atau ilmiah.

Bagi yang tidak berkesempatan menghadiri program ini, sila klik sini untuk meneliti taklimat Pn. Hajjah Asiah dalam bentuk power-point. Dalam sesi taklimat dan dialog santai ini Read the rest of this entry »