Renjer Mergastua melawat SSS?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Tiga orang mahasiswa Tahun 2 Program Geografi sedang asyik di kaunter pameran dengan pakaian sedondon hijau kandi yang saling tak tumpah seperti pakaian seragam rasmi Renjer Mergastua dari Taman Negara. Apakah yang tiba-tiba mendorong mereka bertabiat pelik begitu?

17 Oktober 2008, Foyer SSS [9.30am]: Pelajar subjek Dinamika Pinggir Pantai (Program Geografi, Tahun 2) di bawah seliaan Pn. Jurry Foo telah mengadakan aktiviti kesedaran alam sekitar sebagai sebahagian pra-syarat keperluan kursus. Ia merangkumi beberapa acara utama, seperti pameran alam sekitar, jualan cenderamata dan public speaking. Peserta-peserta yang terlibat turut diberi hadiah oleh pihak penganjur. Antara staf SSS yang hadir termasuklah Dr. Mohammad Tahir Mapa (Ketua Program Geografi) dan Dr. Ramzah Dambul (Timbalan Dekan, Penyelidikan & Inovasi).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aktiviti-aktiviti kemahasiswaan semakin semarak di SSS sejak kebelakangan ini. Selain acara-acara kelolaan Persatuan Mahasiswa Sekolah Sains Sosial (PERMASES), pelbagai bentuk khidmat komuniti dan aktiviti santai turut digabung-jalin dalam silibus kurikulum akademik. Pendekatan kreatif para pensyarah SSS ini amat selaras dengan misi pendidikan tertiari yang kian terjurus ke arah penerapan kemahiran insaniah.

6 Responses to Renjer Mergastua melawat SSS?

  1. Marja says:

    Tahniah kepada Mahasiswa Tahun 2, Progrm Geografi kerana menganjurkan aktiviti berteraskan kesedaran alam sekitar di samping menerapkan public speaking sebagai salah satu acara. Sesungguhnya foyer SSS memang sepatutnya disemarakkan dengan aktiviti-aktiviti sedemikian!

  2. jurry says:

    RENJER? HMMM SEBENARNYA MEREKA DUTA ALAM SEKITAR….TULAH BAJU ALAH2 DAUN POKOK GITU…..TAHNIAH ANAK2KU AG20303. SAYA SETUJ DENGAN PUAN MARJA BAHAWA FOYER PERLU DISEMARAKKAN…MALAH SAYA RASA PATUT DITUKAR NAMANYA…MUNGKN SEBAGAI ‘ARENA CAMBAH MINDA’, ‘TAMAN ILMU’, ‘RUANG SANTAI SAMA-SAMA’ ATAU APA SAJA NAMA YANG SESUAI UNTUK FOYER YANG BERBUDI INI…APA PENDAPAT KAWAN-KAWAN?…

  3. jurry says:

    SAYA ININ MENGUCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG MEMBERIKAN SOKONGAN, DEKAN (PROF. MADYA DR. ASMADY, KETUA PROGRAM GEOGRAFI-DR. TAHIR, DR. RAMZAH, EN. MAHADIRIN DAN PUAN KEE SABARIAH (YANG SENTIASA MEMBERI SOKONGAN)…SEMOGA ANAK-ANAK MURID KITA SUKSES!

  4. nurmala ghazali says:

    SYABAS!!!! junior-junior ku sekalian……

    Semoga korang terus “menyemarakkkan” lagi aktiviti kemahasiswaan program kiter…..

  5. masita says:

    Tq kepada semua rakan-rakan program ag20303 kerana sama-sama memberikn kerjasama dan komitmen sepanjang aktiviti ini. maaf di ucapkan kalau pengendalian kami ini tidak sempurna. kami akan lakukan yang terbaik lagi selepas ini…
    tq pada Puan Jurry di atas sokongan dan panduan yang diberikan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: