Mahasiswa SSS di Persada Debat Nasional

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pasukan Debat UMS: Jass Azliezan (SSS, Tahun 3), Richard (SSS, Tahun 1), Aszlan (SSS, Tahun 1), Mastura (SSMP, Tahun 3), Farizah (SST, Tahun 3) dan Laila (SPiSKS, Tahun 3)

17-20 Oktober 2008, Universiti Multimedia Melaka: Pertandingan Debat Kepenggunaan Antara IPT Awam/Swasta dan Institut Perguruan Malaysia merupakan acara debat terbesar di Malaysia dari segi kepelbagaian dan jumlah penyertaan. Ia melibatkan 32 pasukan daripada universiti awam dan swasta, serta institut-institut perguruan seluruh Malaysia.

Universiti Malaysia Sabah diwakili oleh enam orang peserta termasuk tiga daripada Sekolah Sains Sosial, iaitu: Jass Azliezan Jasili (Hubungan Industri Tahun 3), Aszlan Selamat (Komunikasi Tahun 1) dan Richard Chai (Sejarah Tahun 1). Selepas enam pusingan, UMS menduduki ranking ke-16 daripada 32 pasukan yang bertanding. UMS menang tiga perlawanan, iaitu menewaskan Universiti Sains Islam Malaysia (3-0), Institut Perguruan Gaya (3-0) dan Institut Perguruan Sultan Mizan (juga 3-0). Manakala UMS ditewaskan oleh Universiti Putra Malaysia (1-2), Universiti Malaysia Pahang (3-0) dan Institut Perguruan Islam (1-2).

Postscript:

Pertandingan peringkat separuh-akhir menemukan empat pasukan terbaik. Universiti Putra Malaysia (UPM) menewaskan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan skor 4-1. Manakala dua musuh tradisi debat Malaysia, iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM), bertemu dalam satu lagi perlawanan separuh-akhir. UIAM menewaskan UM dengan kemenangan mutlak 5-0.

Pertandingan akhir menemukan UPM (selaku kerajaan) dan UIAM (bertindak sebagai pembangkang) dengan usul berbunyi: “Kuasa Pengguna Menentukan Harga Barangan”. UIAM menewaskan UPM dengan skor maksimum 7-0, seterusnya meleburkan rekod tanpa kalah UPM sepanjang pertandingan (sejak peringkat liga).

13 Responses to Mahasiswa SSS di Persada Debat Nasional

  1. Marja says:

    Kalah dan menang memang adat dalam pertandingan. Yang penting ialah pengalaman yang dikutip semasa pertandingan. Tahniah dan Syabas kepada pendebat-pendebat yang mewakili UMS.

  2. Lipas says:

    Adakah peserta debat LELAKI seharusnya seorang LELAKI LEMBUT dan ada ciri2 NYAH atau LELAKI-LELAKI ini sengaja meNYAHkan diri masing2? Bukan cakap kosong. Buktinya depan mata…… hmmmm..

  3. cicak says:

    hahahahahahaha…ko mmg luculah lipas….tp teori nampak macam betul…jarang tu lelaki karas mau ikut benda2 mcm tu..tp papun ni teori jer kan..hehe…apapun jg..Semoga Berjaya Untuk Mereka Semua…………………….

  4. Webmaster says:

    Cicak & Lipas,
    Jika anda mengakses internet menerusi kemudahan internet Wireless UMS, Webmaster boleh detect IP komputer anda. Menerusi IP komputer, Webmaster boleh dapat maklumat di UMTP siapakah pemilik komputer tersebut. Jika anda mengakses dari ‘Wired Internet’ (Makmal & Librari), login anda masih boleh dikesan.

    I SWEAR I will do this. Bila maklumat sudah diperolehi, saya akan paparkan nama penuh dan gambar anda di sini. Let the entire SSS and UMS judge you — the same way you judge other people. Kemudian, saya akan hantar salinan komen-komen anda di sini kepada ibubapa atau penjaga anda. Let them re-teach you all the values you have forgotten (or, haven’t learned yet?).

    Ini dibuat bukan untuk memalukan anda atau keluarga anda. Tapi ini akan dibuat sebagai satu mesej moral kepada seluruh pengguna internet di Malaysia bahawa alam siber tidak beroperasi dalam vakum. You can’t simply go and surf the net… shitting all over the places like there’s no tomorrow.. and assume that you can safely get away, un-detected.

    Menggunakan binatang sebagai nama samaran, itu tiada masalah. Bahkan, itu adalah gaya yang trendy dalam interaksi internet. But don’t reduce yourself to lipas and cicak mentality. Memberi pandangan dan pendapat itu bagus. Tapi kita mesti berani memikul tanggungjawab pada setiap pandangan/pendapat. If both of you think the comments are reasonable, then please identify yourself. Don’t hide under some silly nicknames.

    You have three days to email me (personally) and apologise. Kerana mencemarkan blog ini dengan komen-komen yang tidak patut terhadap rakan-rakan sendiri. That’s the only way for you to redeem yourself. You better take this opportunity, because (normally) I’m not that generous to give ‘internet terrorists’ a second chance. Yes, seriously.

    If you think that “SORRY” is a hard word to offer, then be prepared. You will get what you deserve.🙂

    Thank you.

    NOTA: Ya, ip anda berdua bermula dengan nombor ip UMS. That would make my task much easier.

  5. hmmm.. pertama sekali, saya Haziqah Nasirah bt Zol Bahari, no Matrik HA2006-1478, pelajar tahun 3 Hubungan Antarabangsa, SSS ingin MEMOHON MAAF secara terbuka kpd Webmaster atas kesalahan yg saya tidak sedari (menggunakan nickname LIPAS dan persoalan yg saya lontarkan dlm post 20/10/2008)..

    wowww, saya tak menyangka akan diberi seolah-olah ‘KAD MERAH’ oleh webmaster. SORRY, Dr, saya bukan internet terrorists.. sebenarnya, SIFU DEBAT saya (yg pernah menuntut di UMS dan antara pendebat hebat di zamannya, barangkali) yg pernah beritahu saya perihal ‘lelaki lembut’ ni. Bukan saya yg mengada-adakan cerita. Pengalaman dari orang yg berkecimpung dalam debat..

    Tentang ‘LIPAS’, saya ada blog peribadi yg memang dinamakan ‘LA CUCARACHA’ atau bahasa Melayunya LIPAS. Di sana, memang ada gambar dan nama penuh saya. Saya tidak berselindung. Saya sendiri akan maklumkan kepada ibu bapa saya tentang KESILAPAN dan DOSA BESAR yg telah saya buat di blog de’SinggahSini. Seperti bait-bait sajak SN Usman Awang (yg berasal dari daerah saya), “…di belakang duri di depan api, kita tidak bisa undur lagi, duri dan api, tajam panasnya kita hadapi… Maka, panasnya webmaster dan tajamnya kata-kata di atas saya hadapi sebagai pengajaran.

  6. Marja says:

    Salam,
    Syabas Ziq kerana tidak berselindung dan berani mengaku kesalahan. Apa pun, jadikan ini yang pertama dan terakhir.. Acting on impulse may not be the best kind of action. Always remember to ‘pause’ before you proceed.

  7. hehehe.. urat-urat ‘spontaneous’ meragam n ‘masuk angin’ lagi, puan..

  8. aberamly says:

    aberamly.wordpress.com

    ramlyotai.blogspot.com

    salam perkenalan….

  9. Terima kasih diucapkan kepada Sdri. Haziqah kerana berani membuat pengakuan dan memohon maaf terbuka di sini (sebenarnya secara tertutup pun ok).🙂 Permohonan maaf Sdri. diterima.

    Seperti kata Pn. Marja: “Acting on impulse may not be the best kind of action. Always remember to ‘pause’ before you proceed.” Ya, sangat tepat. Terutama dalam konteks komunikasi bertulis. Kerana ia meninggalkan rekod.

    Melakukan kesilapan adalah sebahagian proses pembelajaran.🙂

  10. Terima kasih kembali kerana menerima permohonan maaf dari ‘Lipas’ dalam kemeriahan dan semangat Syawal:)

  11. jumriati abdullah says:

    Wahh.. sebenarnya UMs dah lama tak bawa pulah pialah lah.. semakin kita mengharap semakin jauh larinya rengking pendebat UMS..kenapa??di mana silapnya??

    tapi pa Haziqah komen tu ada betunya.. masa join debat Diraja kat UITM..wauhhhh
    banyak juga lah golongan pertengahan ni,, cakap bukan main lagi tak de tapis-tapis.. tapi hakin yang yang tersenarai dalam golongan ini masa bagi komen boleh kontrol diri lagi tapi lau luar dewan wah…..
    mata aku terjelopong jak keluar tengok gelagat dorang ni,,,
    papun tak semua bub pengasasnya lelaki sejati …..
    lau ikut peratus… 20% lah..

  12. 3rd speaker... says:

    huhuhuhu… sentap mak ayam ngan ko ni jum. ko bkn main lagi, kalu dlm debat jd insan pendakwah. Luar debat, jd insan didakwah plak.. hehe.

    anyway, buat tangan2 yang mengendalikan webmaster, thanx sgt2 atas budi dan harta yang anda curahkan kpad team debat ums. especially saya yang kerdil ilmu ini. banyak yang saya blajar termasuklah cara berfikir. sebab saya sedar, debat bkn time pertandingan, tapi debat adalah sepanjang masa..

    mmg UMS ketandusan piala.. selagi ada pendebat yg berhati kutu dan kuat mengumpat dan menjahanamkan perjuangan prestasi rakan2 debat yang lain..

  13. jurry says:

    Heran juga pelajar sekarang…keberanian mereka diguna untuk MENGHENTAM bukan untu MEMBERIKAN IDEA YANG MEMBANGUN…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: