Latihan Ilmiah: Proses Pemantauan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Para pelajar Tahun 3 Program Geografi tekun mengikuti sesi pembentangan kemajuan latihan ilmiah

23 Oktober 2008, BMU Aras 3 & Makmal GIS Aras Bawah [8.15am-4.30pm]: Sejak tiga sesi yang lalu, Program Geografi telah mengambil langkah mewajibkan semua pelajar membuat latihan ilmiah sebagai pra-syarat pengijazahan. Ini selaras dengan hasrat program untuk menjadikan pengajian di universiti sebagai medan memperkuatkan asas-asas ilmu bagi disiplin tertua ini. Dengan jumlah pelajar tahun akhir yang melebihi 60 orang, mekanisme pemantauan perkembangan latihan ilmiah yang efektif amatlah dituntut.

Bagi Program Geografi, salah satu metod paling berkesan untuk memantau gerak-kerja para pelajar ialah pembentangan kemajuan secara berkala. Semua pelajar telah membentangkan laporan kemajuan latihan ilmiah masing-masing dan diikuti sumbang-saran daripada para pensyarah Program Geografi. Para pelajar pascasiswazah turut menawarkan panduan dan cadangan. Aktiviti ini dikelolakan di bawah Oliver Valentine Eboy selaku penyelaras. Manakala Dr. Mohammad Tahir Mapa, selaku Ketua Program Geografi, telah bertindak sebagai pengerusi utama bagi pembentangan laporan kemajuan.

4 Responses to Latihan Ilmiah: Proses Pemantauan

  1. stanjohnsuab says:

    Dr R, memang lagkah yg bagus utk buat pembentangan ini. Tapi masi lagi nampak beberapa kelemahan sejak sesi lepas bahawa para pelajar pra-graduan ini belum bersedia dan malahan ada yg belum jelas lagi asas latihan ilmiah mereka spt tajuk, permasalahn, metodologi dan data. Saya cadangkan kita adakan 2kali pembtgn; 1. Wajib Proposal (di akhir tahun2) dan 2. Pbtgn ala2 Viva dan wajib latihan ilmiah sekurang2nya sudah ada dapatan awal (semasa tahun 3). Ini kerana saya lihat juga kelemahan latihan ilmiah pelajar pra-graduan geografi pada masa ini adalah mereka menghabiskan byk masa dgn mencari data kerana mereka x rancang betul2 LI mereka dan kurang penekanan terhadap dapatan dan perbincangan mengenai signifikan LI mereka. Keadaan inilah yg menyebabkan mereka terpinga2 bila kita tanya kenapa mereka buat kajian ini kajian itu. Apa-apa pun harap kita dpt sama2 memperbaiki lagi di masa hadapan. Tq

  2. R. Dambul says:

    Stan,

    Terima kasih atas saranan dan cadangan, serta kerjasama yang diberikan oleh para pelajar pascasiswazah. Saya percaya cadangan dan komen ini akan dipertimbangkan oleh En. Oliver yang merupakan Penyelaras bagi Latihan Ilmiah (Program Geografi).

    Kepada semua pelajar Tahun 3,
    Pastikan anda bersedia untuk pembentangan laporan kemajuan terakhir pada semester II nanti. Ambil perhatian pada semua teguran yang telah diberi.

  3. mencuba says:

    LI @ Latihan Ilmiah. Kajian seluruh negeri, wajarkah?

  4. R. Dambul says:

    Mencuba,

    Kajian seluruh negeri, wajarkah?

    Bergantung kepada isu. Ada isu yang lebih baik dikaji dalam skala lebih kecil (berbentuk kajian kes), ada juga isu yang wajar dikaji pada skala lebih besar. Misalnya, tidak wajar untuk membuat kajian taburan hujan untuk Kota Kinabalu. Dimensi ruang terlalu kecil untuk melihat pola taburan hujan. Kajian seperti ini sekurang-kurangnya dibuat pada skala negeri Sabah.

    Tapi kalau kajian anda berkaitan dengan setinggan, maka tentulah lebih munasabah untuk menjuruskan skop kepada Kota Kinabalu sahaja. Lebih baik pula kalau ia bersifat kajian kes. Misalnya, memilih kawasan setinggan di Sembulan sebagai fokus.

    Kajian setinggan untuk seluruh negeri Sabah pun boleh. Tapi ia akan bersifat sangat ‘overview’ (sekilas pandang). Sifat kajian yang begini kurang sesuai untuk Latihan Ilmiah. Katakan mau kekalkan satu negeri sebagai fokus, dan dalam waktu yang sama berusaha mau melakukannya secara terperinci (bukan overview): masalah lain akan timbul. Dari segi kekangan masa, limitasi sumber tenaga dan praktikaliti. Anda HANYA diberi tempoh dua semester untuk selesaikan Latihan Ilmiah. Bukannya diberi 5 tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: