Menerbitkan buku bersama DBP?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Hajjah Asiah Daud (Pegawai Perancang Bahasa) dan dihadiri oleh para pensyarah dan pelajar pascasiswazah SSS

22 Oktober 2008, Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3 [2.15pm]: Taklimat “perolehan judul” (yang disampaikan oleh pegawai DBP) bertujuan untuk membuka peluang kepada tenaga akademik dan pelajar pasca SSS mengusahakan penulisan dan penerbitan bersama DBP. Dua orang pegawai DBP dari Kuala Lumpur, iaitu Pn. Hajjah Asiah Daud dan Pn. Rohaida Baharudin telah berkunjung ke SSS untuk memberikan informasi lebih dekat tentang peluang, prosedur dan kelebihan menerbitkan buku di bawah label DBP, sama ada buku umum atau ilmiah.

Bagi yang tidak berkesempatan menghadiri program ini, sila klik sini untuk meneliti taklimat Pn. Hajjah Asiah dalam bentuk power-point. Dalam sesi taklimat dan dialog santai ini, para hadirin telah diberikan maklumat ringkas tentang bagaimana menukar format tesis (latihan ilmiah) kepada bentuk buku. Turut diterangkan tentang iltizam DBP yang mahu meningkatkan jumlah penerbitan buku dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan, sekaligus membayangkan keazaman untuk mengurangkan birokrasi dalam prosedur penerbitan. Ini boleh menjamin proses penerbitan yang lebih pantas. Pihak DBP telah mengedarkan satu makalah kecil berjudul “Garisan Panduan: Daripada Tesis Kepada Buku”. Sesiapa yang berminat, boleh dapatkannya dari Timbalan Dekan (P & I), SSS.

SSS menyahut dengan baik taklimat dan saranan oleh pihak DBP. Serta-merta selepas pertemuan ini, sekurang-kurangnya lima buah (proposal) manuskrip telah dirunding bersama wakil DBP, sama ada oleh pensyarah mahupun pelajar pascasiswazah. Kepada semua warga SSS, semoga terus maju jaya dalam penulisan dan penerbitan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: