Jelajah ke Sabah Utara

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
26-27 Oktober 2008, Kampung Timbang Batu: Gambar-gambar sekitar acara Khidmat Masyarakat Klimatologi anjuran mahasiswa PLUMS yang mengambil kursus dalam Program Geografi (SSS).

Sekumpulan 21 pelajar Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) menjalankan projek khidmat masyarakat di sebuah perkampungan dalam daerah Tandek, iaitu salah satu daripada empat daerah paling mundur di Sabah. Projek ini dijalankan di bawah kursus Sekolah Sains Sosial (AG20703 Klimatologi), bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar tentang proses klimatologi di lapangan sebenar. Di samping itu, usaha ini juga merupakan satu khidmat masyarakat (kepada penduduk luar bandar khususnya), selain mempromosikan aspirasi UMS sebagai ‘Universiti Rakyat’.

Projek yang mendapat dokongan kuat pihak pentadbiran PLUMS ini telah dirasmikan oleh YB Pn Anita Baranting, iaitu ADUN N5 Tandek. Sasaran khusus program ini adalah golongan pelajar dan ibubapa. Antara pengisian acara termasuklah sesi motivasi, sukaneka, ceramah dan tayangan filem tentang kesedaran alam sekitar. Pada ucapan perasmian, YB Pn. Anita menegaskan: “Belia, pelajar dan anak-anak merupakan aset terpenting masyarakat bagi membina bangsa pada masa hadapan. Program-program berbentuk kursus, ceramah dan motivasi adalah pengisian-pengisian utama untuk menggerakkan komuniti luar bandar.”

Dalam buku misi UMS, ”Blazing a Trail for Higher Education in Sabah: The Strategic Plan for Universiti Malaysia Sabah Towards 20202 and Beyond”, telah dinyatakan hasrat untuk ‘memperluaskan akses dan meningkatkan ekuiti’. Ini selaras dengan teras pertama yang diwartakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi menerusi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

Bagi mencapai misi dalam teras pertama tersebut, UMS telah menggariskan salah satu pelan strategik pada mukasurat 15: ‘To reach and facilitate minority groups with an adequate support system as a means to address demographic, geographic and gender imbalances’. Untuk merealisasikan strategi ini, buku misi tersebut turut menyatakan pelan tindakan spesifik iaitu ‘continuous outreach programs’, serta menyarankan SPIU, BPA, HEP, BPK dan PLUMS sebagai ‘delivery unit’ [rujuk pada mukasurat yang sama].

Persoalannya: sedalam mana pelan strategi tersebut difahami dan dihayati (oleh setiap ‘delivery unit’), serta sejauh mana pelan tindakan dilaksanakan? Siapakah yang akan memantau misi-misi dalam buku ‘Blazing a Trail’ supaya dioperasikan mengikut perancangan dan jadual? Pada tahun 2008 sahaja, Sekolah Sains Sosial telah melaksanakan beberapa aktiviti berbentuk ‘outreach programs’, khususnya menangani ketidakseimbangan akses dan ekuiti yang disebabkan oleh faktor geografi (lokasi di pedalaman). Antaranya:


Khidmat Komuniti di Kg. Batu Sapi (April, 2008)
Khidmat Komuniti di Kundasang (September, 2008)
Misi Penangah 2008 (September, 2008)
Khidmat Komuniti di Matupang (Oktober, 2008)
Khidmat Komuniti di Timbang Batu (Tandek) (Oktober, 2008)

4 Responses to Jelajah ke Sabah Utara

  1. […] diucapkan kepada Program Sejarah kerana menjayakan usaha khidmat masyarakat ini. Klik sini untuk mengamati senarai ‘outreach programs’ yang telah dijalankan oleh SSS pada tahun […]

  2. bunga sakura says:

    saya suka!😉 gud programs!!

  3. Anonymous says:

    Tahniah………. utk history…..

  4. […] kesedaran pendidikan kepada penduduk Sabah – daripada pelbagai peringkat. Selain gigih mengadakan pelbagai ‘out-reach program’ ke seluruh Sabah, SSS juga turut mengadakan jalinan bersama rakyat di dalam […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s