Idul Fitri de’ SinggahSini 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aksi-aksi ligat dan spontan sekalian warga SSS semasa majlis sambutan Aidil Fitri de’ SinggahSini 2008!

29 Oktober 2008 [10am-2pm], Foyer SSS: Sempena kehadiran bulan Syawal yang mulia, SSS dengan kerjasama PERMASES telah menganjurkan Majlis Aidilfitri untuk semua warga sekolah. Bertemakan “Kemeriahan di Aidilfitri” — suasana foyer benar-benar meriah dengan pelbagai juadah yang dinikmati bersama oleh staf akademik dan pentadbiran, serta para pelajar dan tetamu-tetamu jemputan. Acara turut diserikan dengan persembahan karaoke oleh pensyarah, kakitangan pejabat dan pelajar.

Juara pertandingan karaoke bagi kategori kakitangan sokongan jatuh kepada En. Rahman Dullah. Manakala, naib juara disandang oleh Cik Scholastica Sahinun, atau lebih manja dengan panggilan Es. Bagi kategori pelajar, johan dimonopoli oleh wakil daripada Program Komunikasi. Bagaimanapun, pemenang bagi kategori pensyarah telah dimansuhkan kerana para peserta telah bertempiaran lari sebelum keputusan diumumkan!

Hadiah-hadiah hamper telah ditaja khas oleh JJ Cleaning Services dan Juaraxis Sdn. Bhd. Manakala set karaoke dan khidmat teknikal telah disediakan oleh pihak UMTP. Terima kasih setulus hati dari seluruh warga SSS.

One Response to Idul Fitri de’ SinggahSini 2008

  1. Ayuki says:

    walaweii.. chubby tul sia di sini. Eseh. wahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: