Memurnikan Penghayatan Tatanegara

November 28, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
TYT Yang Dipertua Negeri Sabah: adakah hanya satu simbolik atau ianya sebuah institusi yang memegang mandat lebih besar? Inilah antara persoalan yang dikupas semasa Majlis Bicara Sejarah anjuran bersama Arkib Negara Malaysia (Cawangan Sabah) dan Universiti Malaysia Sabah.

28 November 2008 [8.30am], Galeri, Bangunan Canselori: Tiga orang tokoh dalam pelbagai bidang telah membicarakan tentang peranan dan fungsi institusi TYT Yang Dipertua Negeri Sabah dalam konteks pentadbiran, perlembagaan, perundangan dan nilai-nilai kedaulatan negeri. Tokoh-tokoh tersebut adalah Read the rest of this entry »


Khabar dari Hemisfera Selatan

November 28, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Gambar 1, 25 Nov 2008 (Sydney): Melawat Centre for Asia Pacific Social Transformation (CAPSTRANS) di University of Wollongong (klik sini) dan disambut oleh staf akademik, CAPSTRANS terdiri daripada Dr. Ruchira Ganguli dan Assoc. Prof. Dr. Tim Scrase (Timbalan Pengarah). Gambar 2, 26 Nov 2008 (Melbourne): Bersama Prof. Richard Howitt di Geography Department (MacQuarie University — klik sini) selepas pembentangan kertaskerja oleh keempat-empat pelajar UMS.

Ketika ini, sekumpulan warga SSS sedang dalam rangka lawatan sambil belajar di Australia. Bagaimana perjalanan eksplorasi mereka? Buletin Online de’ SinggahSini mendapat liputan eksklusif yang dikirim sendiri oleh para pesertanya.

Menerusi email, Agustina berkongsi pengalaman Read the rest of this entry »


Raptai Majlis ‘Bicara Sejarah’

November 27, 2008

Nota: Sila klik video untuk menonton montaj Majlis Bicara Sejarah 2008: “Memartabatkan Institusi TYT”.

27 November 2008 [10.30am], Galeri, Bangunan Canselori: Satu raptai telah diadakan bagi mempastikan kelancaran perjalanan majlis Bicara Sejarah (Insitusi TYT), anjuran bersama Arkib Negara Malaysia dan Sekolah Sains Sosial (UMS). Jawatankuasa UMS (yang turut dibantu oleh UMTP dan BPK), serta pihak Arkib Negara Malaysia telah sama-sama turun padang bagi meninjau dan memperhalusi perjalanan acara.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Jalinan kerjasama erat di antara tenaga UMS dan Arkib Negara Malaysia semasa raptai


Terapi ombak menjelang Debat Diraja 2008…

November 27, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pendebat-pendebat Sekolah Sains Sosial sedia berentap: Lyn D’Amor Buquing(Hubungan Antarabangsa, Tahun 1), Richard Chai (Sejarah, Tahun 1), Mohd Fairuz (Komunikasi, Tahun 3) dan Jumriati Abdullah (Geografi, Tahun 3)

21-23 November 2008, Kg. Sabandar, Tuaran: Pada tahun ini, kontijen debat UMS (Kategori Bahasa Melayu) mengambil langkah luarbiasa untuk menghadapi kejohanan debat paling prestij di Malaysia, Debat Diraja Ke-7. Kali ini, pendekatan bagi latihan persiapan cuba keluar daripada kelaziman. Modul tidak lagi difokuskan semata-mata kepada Read the rest of this entry »


Duta Kecil SSS ke Australia

November 22, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Mewakili Dekan SSS, Dr. Ramzah menyampaikan e-ticket kepada Chung Kein Yun (Pengarah Projek) dan rakan-rakan sebagai tanda pelancaran. Acara simbolik ini turut disaksikan oleh Prof. Madya Dr. Fadzilah dan Prof. Madya Dr. Rosazman, dua pensyarah SSS yang akan mengiringi rombongan ini ke Australia.

18 November 2008 [10.30am], Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, SSS: Majlis pelancaran jelajah pembelajaran ke Australia (STAR’08) telah berlangsung dalam suasana sederhana, tetapi ceria. Dr. Ramzah Dambul (Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi) telah mewakili Dekan untuk menyampaikan amanat kepada semua ahli rombongan. Dalam ucapan amanat, beliau mengingatkan rombongan bahawa Read the rest of this entry »


Penulisan Buku Etnik: Fasa Perkembangan

November 21, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
19 November 2008 [10.00am], Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, SSS: Mesyuarat penyelarasan projek penulisan buku etnik Sabah telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Sabihah Osman dengan kehadiran penyelaras-penyelaras bagi setiap kategori etnik.

Projek Penulisan Buku Etnik Sabah diketuai oleh Prof. Dr. Sabihah Osman dan telah bermula sejak awal semester ini. Projek ini adalah kolaborasi di antara Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ia sebahagian daripada projek mega kebangsaan yang bertujuan mengumpul penulisan tentang pelbagai etnik di Malaysia. Penyelaras projek ini di peringkat nasional ialah Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, penyandang Kursi Tun Abd Ghaffar Baba (Universiti Pendidikan Sultan Idris).

Penulisan Buku Etnik Sabah menggabungkan lebih 40 tenaga akademik daripada Read the rest of this entry »


Antara Enigma dan Anjakan Minda?

November 18, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Gagalkah pihak kerajaan dalam menangani krisis kepercayaan rakyat pasca Pilihanraya Umum 2008? Di mana silapnya? Pelan strategi atau perlaksanaan tindakan?

18 November 2008 [10.30am], Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3 SSS: En. Syahruddin Awg Ahmad (Program Komunikasi) membentangkan sebuah kertaskerja yang agak provokatif, berjudul “Antara Enigma dan Anjakan Minda dalam Pengurusan Krisis Kepercayaan Kerajaan”. Ia sebuah wacana menarik tentang situasi semasa negara, khususnya bersabit lanskap sosio-politik.

Pembentang telah membahaskan Read the rest of this entry »