Dekat tapi jauh!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dalam ucapannya, Tuan Hj. Md. Hassan menyatakan: “Terasa UMS ini sangat dekat, TETAPI jauh!”

4 November 2008 [10am], SSS: Rombongan seramai 7 orang guru dan 36 murid Tahun 6 (yang baru menamatkan UPSR), dari SK Pengiran Siti Hapsah (Karambunai), telah berkunjung ke SSS. Majlis dimulakan dengan ucapan pengenalan oleh kedua-dua wakil, Prof. Madya Dr. Asmady Idris (Dekan SSS) dan Tuan Haji Md. Hassan (Guru Besar SKPSH). Kemudian diikuti dengan pertukaran cenderamata. Acara tersebut disusuli tayangan video korporat UMS, sebelum para pelajar dan guru-guru dibawa melawat sekitar kampus. Destinasi lawatan termasuklah Bangunan Canselori, Perpustakaan, Galeri Penyelidikan UMS dan akuarium IPMB.

Inilah pertama kali kumpulan pelajar ini berpeluang menjejakkan kaki ke UMS, walaupun jarak Karambunai dan Teluk Sepangar tidaklah terlalu jauh. Seperti kata guru besar mereka: selalu juga limpas-limpas, tapi hanya tengok dari luar. Kata-kata itu bagai satu pukulan halus kepada UMS. Kesan sentuhan menjadi lebih mengharukan apabila melihat keterujaan murid-murid tersebut semasa video korporat UMS ditayangkan. Terpamer wajah girang, dengan mata yang terkesip-kesip kerana teruja. Ini satu mesej peringatan kepada warga menara gading UMS, betapa di luar sana — ada ribuan lagi pribumi yang barangkali merasa alangkah “dekat-tetapi-jauh”-nya kampus UMS dari mereka!

Sebagai sebuah ‘Universiti Rakyat’, UMS seharusnya intim dekat dengan masyarakat tempatan, yang datang dari pelbagai peringkat dan lapisan. Jalinan tersebut seharusnya bukan hanya pada jarak fizikal, tetapi lebih penting lagi — dari segi hubungan hati ke hati. Antara manusia dan manusia, bukan sekadar pandang-pandang dari jauh. Aktiviti ini adalah satu inisiatif ke arah memartabatkan semangat UMS selaku ‘Universiti Rakyat’. Ya, dalam konteks dan ertikata sebenar, bukan hanya pada retorik.

Tahniah diucapkan kepada Program Sejarah kerana menjayakan usaha khidmat masyarakat ini. Klik sini untuk mengamati senarai ‘outreach programs’ yang telah dijalankan oleh SSS pada tahun 2008.

3 Responses to Dekat tapi jauh!

  1. dir says:

    Congratulations !!!

    Let’s invited all the world to UMS…before that we must serve our local first.
    especially our young generations also all generations..

    Gracias.

  2. intan says:

    yup..setuju-setuju…at least boleh memupuk dan membakar semangat generasi muda nie.. tahniah buat program sejarah…😉

  3. […] Sekumpulan 40 orang tetamu daripada SK Pengiran Siti Hapshah (Karambunai) telah berkunjung ke SSS baru-baru ini. Mereka terdiri daripada murid-murid Tahun 6 dan empat orang guru pengiring. En. Roslee Abbas, pensyarah daripada Program Sosiologi & Antropologi Sosial, telah memberikan ceramah motivasi kepada kumpulan pelajar yang bakal menduduki UPSR ini. Program ini adalah susulan kepada kunjungan pertama mereka pada November 2008. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: