Memugar Harapan di Pulau Banggi

Nota: Sila klik video, dan saksikan perjalanan sekumpulan penyelidik UMS di Pulau Banggi. Hayati juga, segunung harapan yang terpendam di sanubari golongan pribumi di pulau terpinggir ini.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Akan tercapaikah hasrat membangunkan Pulau Banggi untuk Pribumi Banggi? Inilah antara inti persoalan yang cukup provokatif semasa sesi pembentangan dapatan projek penyelidikan sosio-ekonomi di Pulau Banggi.

17 November 2008 [10am], Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3 SSS: Projek ini merupakan penyelidikan konsultasi yang dibiayai oleh FELCRA, dan telah dijayakan oleh tenaga akademik SSS (diketuai oleh Dekan sendiri, Prof. Madya Dr. Asmady Idris). Ringkasan penemuan kajian telah dibentangkan oleh salah seorang ahli penyelidik projek ini, Fazli Abd Hamid (Ketua Program Hubungan Industri).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Paul Porodong (Program Sosiologi & Antropologi Sosial), yang juga merupakan salah seorang penyelidik dalam projek ini, sedang memberi reaksi dan penjelasan semasa sesi soaljawab dan diskusi.

Projek penyelidikan berstatus mega ini telah meletakkan reputasi Sekolah Sains Sosial dalam konteks sebenar kancah pembangunan Sabah. Hasil penemuan telah dibentangkan kepada FELCRA dan wakil Kerajaan Negeri Sabah. Gagasan dan cadangan yang diusul bakal membawa dampak signifikan kepada keputusan polisi dan pelan tindakan pihak pemaju. Ternyata masa depan komuniti natif di pulau terpencil ini — (sebahagiannya) terolah atas keprihatinan, ketelitian dan dedikasi kumpulan penyelidik Sekolah Sains Sosial. Tahniah!

Sila klik sini untuk mengimbau detik-detik istimewa di Pulau Banggi, yang jauh terasing di utara Sabah, tetapi sentiasa setia menanti kurnia pembangunan dari tanah besar!

2 Responses to Memugar Harapan di Pulau Banggi

  1. […] November 2008 [11am], Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3 SSS: Bersempena dengan pembentangan ringkasan dapatan penyelidikan sosio-ekonomi di Pulau Banggi, majlis penyerahan sumbangan alat bantu mengajar (ABM) turut diadakan. Sumbangan […]

  2. Anonymous says:

    harap2 bnyak lagi aktiviti cam ni dilakukan…

Leave a comment