“Orang Memberi, Kita Merasa!“
En. Paul Porodong (mewakili kumpulan penyelidik Kajian Pembangunan Sosioekonomi Pulau Banggi) menyerahkan sumbangan empat unit LCD dan sebuah DVD player kepada Prof. Madya Dr. Asmady Idris (Dekan SSS), sambil disaksikan oleh Dr. Ramzah Dambul (Timbalan Dekan, Penyelidikan & Inovasi) serta En. Fazli Abd Hamid (Ketua Program Hubungan Industri).
17 November 2008 [11am], Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3 SSS: Bersempena dengan pembentangan ringkasan dapatan penyelidikan sosio-ekonomi di Pulau Banggi, majlis penyerahan sumbangan alat bantu mengajar (ABM) turut diadakan. Sumbangan tersebut merupakan LCD dan DVD Player.
Sebahagian daripada warga akademik dan pelajar pascasiswazah yang turut sama-sama menyaksikan satu lagi mercu-tanda penting dalam usaha meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di SSS.
Inisiatif murni ini telah diambil oleh kumpulan penyelidik/konsultan yang menjayakan projek tajaan FELCRA ini. Sumbangan tersebut disambut baik oleh seluruh warga SSS, lebih-lebih lagi dalam situasi masakini di mana masalah kemudahan ABM begitu kritikal. Semoga semangat begini akan diteladani oleh seluruh warga SSS yang terlibat dengan kerja-kerja rundingan.
Congratulations,
Tiada kata seindah bahasa….
hope more donation coming…
sharing is caring..
Gracias
Terima kasih team ini
sesuau yang patut diteladani