Antara Enigma dan Anjakan Minda?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Gagalkah pihak kerajaan dalam menangani krisis kepercayaan rakyat pasca Pilihanraya Umum 2008? Di mana silapnya? Pelan strategi atau perlaksanaan tindakan?

18 November 2008 [10.30am], Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3 SSS: En. Syahruddin Awg Ahmad (Program Komunikasi) membentangkan sebuah kertaskerja yang agak provokatif, berjudul “Antara Enigma dan Anjakan Minda dalam Pengurusan Krisis Kepercayaan Kerajaan”. Ia sebuah wacana menarik tentang situasi semasa negara, khususnya bersabit lanskap sosio-politik.

Pembentang telah membahaskan, daripada perspektif komunikasi, pelbagai isu yang berkaitan dengan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Antara perkara yang disentuh termasuklah aspek pengurusan krisis maklumat oleh badan kerajaan, dari sudut keberkesanan strategi. Di samping itu, turut dibicarakan dampak dan pengaruh media massa arus perdana dan media alternatif (i.e. internet, terutama blog) terhadap permasalahan tersebut.

7 Responses to Antara Enigma dan Anjakan Minda?

  1. intan says:

    Tahniah buat En Syah🙂

  2. dir says:

    Thanks for Update Information..

    1. About how to managed the crisis or ‘crisis management’

    I’m just wonder..if we can identified the major crisis (main crisis), which create other crisis…
    mass (big) crisis always start with the small one..maybe..

    “mencegah lebih baik dari mengubati”….

    what’s about development theory by Ibnu Khaldun?

    Gracias.

  3. Paul says:

    Ada empat kecekapan pengurusan krisis:

    1. Pengurusan krisis yang baik , akan dapat mengubah krisis menjadi satu peluang.
    2. Pengurusan krisis yang kurang baik, dapat menyembunyikan krisis tanpa menyelesaikannya
    3. Pengurusan krisis yang tidak baik, tidak mengakui adanya krisis
    4. Pengurusan krisis yang buruk, cuba memadamkan krisis dengan menimbulkan krisis lain sebagai satu diversion!

    Apa pilihan anda?

  4. asmady says:

    3rd is the best!

  5. lim says:

    sebenarnya krisis dtg dr diri sendiri. maksudnya konflik dtg dr punca pengurusan..
    kt lihat skop kecil sehingga ke skop besar. Coth, plh raya lps, 308. barisan BN kalah teruk.

  6. Paul says:

    Krisis sebenarnya bagus (saya bersetuju dengan K. Marx dalam soal ini). Krisis adalah ujian sejauhmana keupayaan sesebuah organisasi dan individu menyerap sesuatu yang diluar jangkaan termasuklah krisis yang berpunca daripada diri sendiri. Punca krisis boleh jadi adalah kesan langsung atau tidak langsung dari pelbagai peristiwa dan perlakuan di peringkat individu (paling kecil) dan di peringkat global (paling besar).

    Oleh itu, krisis sebenarnya bagus bagi mereka yang bijak menangani perkara di luar jangka. Bagi kumpulan ini, krisis adalah peluang. Bagi yang kurang bijak, krisis adalah hambatan dan bagi kumpulan ini, krisis adalah stress!

  7. stanjohnsuab says:

    Krisis? Kerajaan sendiri perlu bijak menangani krisis itu. Punca krisis kepercayaan itu datang dari dalam. Cth: isu- isu spt rasuah, Napoleon kecil dlm jab. kerj, isu IC, pembangunan sbh srwk, minyak dsbg. Ini kerana rakyat cuma memangkah kertas undi. YB yang tidak buat kerja “NO Action Talk Only” memanglah rakyat tidak undi itu saja. Mesejnya jelas disana dan bukan salah pengundi. Kita mengharapkan supaya keadaan ini diperbaiki kerana semua org maukan pembangunan terutama di sarawak dan sabah yg sampai sekarang masih di tahap yg tidak membanggakan sedangkan kita ini ada hasil bumi yg semuanya utk kasi mewah YB2 kita di parlimen sana itu.

    Hari2 gaduh2 macam budak Tadika! Malu lah semuanya YB tapi kuat memaki mcm mana mau meminpin. Masing2 mau poket sendiri tebal.

    Sangat sedih lagi kerana ramai anak2 pribumi sabah sarawak ini yang nun di pedalaman sana masih berkaki ayam berbatu2 ke sekolah, menulis pakai pensel kontot, yg tidak cukup makan dan minum berkhasiat, ibu bapa yg RM10 sebulan pun tak jumpa dan hari hujan pun terpaksa menoreh. Tidak kah mereka terfikir?

    Adakah patut mereka ini dipersalahkan kerana miskin? Cuba fikir mana yg penting?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: