Penulisan Buku Etnik: Fasa Perkembangan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
19 November 2008 [10.00am], Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, SSS: Mesyuarat penyelarasan projek penulisan buku etnik Sabah telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Sabihah Osman dengan kehadiran penyelaras-penyelaras bagi setiap kategori etnik.

Projek Penulisan Buku Etnik Sabah diketuai oleh Prof. Dr. Sabihah Osman dan telah bermula sejak awal semester ini. Projek ini adalah kolaborasi di antara Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ia sebahagian daripada projek mega kebangsaan yang bertujuan mengumpul penulisan tentang pelbagai etnik di Malaysia. Penyelaras projek ini di peringkat nasional ialah Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, penyandang Kursi Tun Abd Ghaffar Baba (Universiti Pendidikan Sultan Idris).

Penulisan Buku Etnik Sabah menggabungkan lebih 40 tenaga akademik daripada lima SPIU gugusan non-sains: SSS, PPIB, SPsiKS, SPE dan SPS. Projek ini akan melibatkan penulisan tentang etnik Kadazandusun, Murut, Bajau, Melayu Brunei, Bugis, Orang Sungai, Lundayeh, Bisaya, Iranun, Sino, Suluk dan Tidong. Kertaskonsep dan perkembangan terkini projek ini boleh dirujuk atau dimuat-turun di sini.

3 Responses to Penulisan Buku Etnik: Fasa Perkembangan

  1. cicit pangiran digadong says:

    setelah saya melihat ringkasan kajian etnik di sabah.maklumat utk masyarakat tidong terlalu sedikit hanya dikelompokkan dalam pelbagai etnik.sedang masyarakat tidong adalah satu kelompok masyarakat yang majoriti satu ketika dahulu di bahagaian tawau dan sandakan. tetapi kini minoriti disebabkan kebanjiran pendatang asing dari sejak 1970an hingga kini.

  2. cicit pangiran digadong says:

    pada pendapat saya kajian masyarakat tidong bukan sekadar sipi-sipi sahaja.tetapi dalam satu kajian yang berasing dalam satu komuniti yang besar. ini kerana kalau kita merujuk rekod rasmi kerajaan british dan amerika yang tersimpan di Public Record Office di London dan juga National Archives di Washington D.C terdapat bukti tentang masyarakat tidong di borneo.ahli sejarah barat dalam rekod mereka Tawau adalah disebut negeri Tidong.Sila rujuk Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan Isu Sempadan dan kedaulatan hasil kajian Prof.Nik Anuar Nik Mahmud,penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2003

  3. cicit pangiran digadong says:

    Di antara orang yang kenamaan yang boleh dirujuk mengenai suku kaum tidong ialah Datuk seri Panglima DR.Haji Hasbullah bin Haji Mohd.Taha @Imam Ohang. Beliau adalah mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan mantan Jabatan Khas hal ehwal negeri sabah.Beliau kini menetap di kampung Contoh Petagas.Selain dari itu En.Ahmad bin Suman yang bertugas sebagai pensyarah di UITM sabah,En Yakop Uton Pesara guru,DR.Abdul Muluk di bahagian JPPS Sumber Manusia, Encik Raden bin kakong,Datuk Jusli bin Ajirul Ahli Parlimen Libaran juga merangkap Presiden Persatuan Tidong Sabah dan banyak lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: