Duta Kecil SSS ke Australia

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Mewakili Dekan SSS, Dr. Ramzah menyampaikan e-ticket kepada Chung Kein Yun (Pengarah Projek) dan rakan-rakan sebagai tanda pelancaran. Acara simbolik ini turut disaksikan oleh Prof. Madya Dr. Fadzilah dan Prof. Madya Dr. Rosazman, dua pensyarah SSS yang akan mengiringi rombongan ini ke Australia.

18 November 2008 [10.30am], Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, SSS: Majlis pelancaran jelajah pembelajaran ke Australia (STAR’08) telah berlangsung dalam suasana sederhana, tetapi ceria. Dr. Ramzah Dambul (Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi) telah mewakili Dekan untuk menyampaikan amanat kepada semua ahli rombongan. Dalam ucapan amanat, beliau mengingatkan rombongan bahawa mereka adalah duta kecil Universiti Malaysia Sabah dan negara. Justeru, menjaga imej universiti dan Malaysia adalah satu amanah yang mesti dipikul dengan baik.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

STAR’08 adalah satu program eksplorasi akademik, berbentuk lawatan sambil belajar ke Sydney dan Melbourne (Australia). Rombongan terdiri daripada empat pelajar tahun akhir Program Geografi dan Sosiologi & Antropologi Sosial: Chung Kien Yun, Ainon Munira Hassan, Seannie Sim dan Agustina Suling Dang Usat. Mereka akan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid-Cooke (selaku Ketua Rombongan), Prof. Madya Dr. Rosazman Hussin (mewakili Sekolah) dan Cik Maine Suadik (pascasiswazah).

STAR’08 akan mula bertolak dari Kota Kinabalu pada 24 November, dan dijangka kembali ke tanahair pada 30 November. Kunjungan ini adalah sebahagian usaha pengantarabangsaan Sekolah Sains Sosial. Ia juga merupakan kunjungan balas kepada lawatan University of MacQuarie pada 24 September 2007. Ketika di MacQuarie nanti, setiap pelajar (klik sini) akan membentangkan satu kertaskerja penyelidikan tentang aspek: pengurusan sumber air, pengurusan sisa, pembentukan sosial akibat masalah alam sekitar dan pendidikan alam sekitar.

Selamat berjaya kepada semua ahli rombongan!

3 Responses to Duta Kecil SSS ke Australia

  1. jurry says:

    Selamat berjuang anak-anak Duta Kecil SSS yang masih bertahan STAR2008
    semoga nama UMS terutama SSS dibawa ke sana dengan semangat yan berkobar dan iklhas…saya doakan sukses semuanya kepada pelajar dan pengiring serta Cik Maine.

  2. dir says:

    Welcome to Australia…

    gain much as possible…knowledge
    know much as possible..friends
    create much as possible…memories
    avoid much as possible……trouble/problem

    stand always “strive to excel”

    Good Luck
    Adios

  3. stanjohnsuab says:

    Tahniah rombongan STAR08.
    Semoga tercapai matlamat anda di Australia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: