Terapi ombak menjelang Debat Diraja 2008…

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pendebat-pendebat Sekolah Sains Sosial sedia berentap: Lyn D’Amor Buquing(Hubungan Antarabangsa, Tahun 1), Richard Chai (Sejarah, Tahun 1), Mohd Fairuz (Komunikasi, Tahun 3) dan Jumriati Abdullah (Geografi, Tahun 3)

21-23 November 2008, Kg. Sabandar, Tuaran: Pada tahun ini, kontijen debat UMS (Kategori Bahasa Melayu) mengambil langkah luarbiasa untuk menghadapi kejohanan debat paling prestij di Malaysia, Debat Diraja Ke-7. Kali ini, pendekatan bagi latihan persiapan cuba keluar daripada kelaziman. Modul tidak lagi difokuskan semata-mata kepada pengukuhan teknik dan pemantapan taktikal. Persiapan kali ini lebih menjurus kepada pembinaan ‘chemistry’ dalam pasukan.

Justeru, satu kem latihan pemantapan telah diadakan di Kg. Sabandar selama tiga hari dua malam. Sepanjang program pemantapan ini, para pendebat telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang bertujuan membina keserasian sesama ahli kontijen, di samping mengukuhkan keyakinan pada tatacara debat gaya parlimen. Antaranya termasuklah: latih-tubi sesi perdebatan (sebanyak enam pusingan), ‘terapi pantai dan laut’ (untuk menguja pemugaran minda) serta kerja-kerja menyediakan makanan sendiri (untuk penerapan ‘chemistry’ pasukan).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kontijen Debat Diraja 2008 telah berkampung selama tiga hari dua malam di rumah kediaman salah seorang jurulatih pasukan debat UMS, Dr. Ramzah Dambul untuk mengikuti pelbagai aktiviti latihan.

Kejohanan debat kali ini akan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (Gombak) pada 29 November hingga 3 Disember 2008. Seramai empat orang pelajar Sekolah Sains Sosial turut menggalas cabaran UMS. Manakala dua orang pensyarah sekolah, En. Latif Lai dan Dr. Ramzah Dambul, dijangka akan turut mewakili UMS sebagai hakim pertandingan. Kontijen berharap untuk sekurang-kurangnya memperbaiki pencapaian UMS dalam Debat Diraja 2007.

One Response to Terapi ombak menjelang Debat Diraja 2008…

  1. jumie says:

    terima kasih kepada sokongan anda semua.. doakan kejayaan kami…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: