Khabar dari Hemisfera Selatan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Gambar 1, 25 Nov 2008 (Sydney): Melawat Centre for Asia Pacific Social Transformation (CAPSTRANS) di University of Wollongong (klik sini) dan disambut oleh staf akademik, CAPSTRANS terdiri daripada Dr. Ruchira Ganguli dan Assoc. Prof. Dr. Tim Scrase (Timbalan Pengarah). Gambar 2, 26 Nov 2008 (Melbourne): Bersama Prof. Richard Howitt di Geography Department (MacQuarie University — klik sini) selepas pembentangan kertaskerja oleh keempat-empat pelajar UMS.

Ketika ini, sekumpulan warga SSS sedang dalam rangka lawatan sambil belajar di Australia. Bagaimana perjalanan eksplorasi mereka? Buletin Online de’ SinggahSini mendapat liputan eksklusif yang dikirim sendiri oleh para pesertanya.

Menerusi email, Agustina berkongsi pengalaman hari pertama (25 November 2008): “Perjalanan ke University of Wollongong menaiki kereta api melalui kawasan pantai yang berdekatan dengan bukit yang cukup indah dan sejuk. Kampus universiti ini merupakan green campus di mana sekitar kampus ditanam dengan pokok-pokok, dan ada banyak hidupan liar: seperti burung Cockatoo dan possum, serta juga pokok genus eucalyptus, yang dipanggil gum trees oleh orang tempatan.

Kami diiringi oleh seorang pelajar pascasiswazah Malaysia (Suzanna) yang membuat penyelidikan PhD dalam bidang sains teknologi dan masyarakat. Menurut beliau, di University of Wollongong terdapat persatuan pelajar Malaysia dengan keahlian lebih kurang 60 pelajar pascasiswazah. Kami melawat perpustakaan, kafeteria, kedai cenderahati dan berjalan-jalan di sekitar kampus tersebut. Wow, suasana di Wollongong cukup menguja kerana ia adalah kampus dalam taman, yang mana pelajar berpeluang belajar sambil bersantai.

Pensyarah kami, Prof. Madya Dr. Rosazman dan Prof. Madya Dr. Fadzilah telah dipelawa oleh staf CAPSTRANS, Dr. Ruchira, untuk menyumbang bab dalam sebuah buku yang dicadangkan untuk dicetak dalam tahun 2009 melalui penerbitan SAGE, U.K.”

Chung Kein Yun pula menghantar email ini berkenaan hari kedua (26 November 2008): “After arriving, from Perth, at Terminal 2 in Sydney, I was made to wait for the rest of the members to arrive from Melbourne. I was informed that Agustina lost her passport in Melbourne airport (although I had warned her about this before!). We had to pay extra money for the ticket to get to Canberra, and then to Melbourne. Later on, all the students and lecturers “were dragged” [sic] to the university for our presentations. Ignoring the fact that everyone was very tired, and hadn’t have enough sleep due to the flights and transits!

However the presentations had to proceed because our host, MacQuarie University couldn’t be able to reschedule it. After the presentation (by us — the UMS students), we also had discussion on strengthening further the existing ‘informal’ collaboration between UMS and MacQuarie University. According to Assoc. Prof. Dr Rosazman, Prof Richard Howitt was very impressed with our presentations, which were way above his expectation.”

3 Responses to Khabar dari Hemisfera Selatan

  1. Jurry says:

    Congratulation! STAR 2008.

  2. Hey guys and gals… Congratulation! Sorry I was not able to join you all as I have to be back in Sabah for the final phase of my fieldwork. FYI, Prof Richie is my first supervisor while Kate is my alternate/second supervisor. Wishing all the best and take care. I will be in sabah till Fed09. Cheers!

  3. stanjohnsuab says:

    Tahniah STAR project. Semoga pengalaman melawat Universiti di Australia menjadi pengalaman berguna dan dikongsi dengan kami disini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: